BAB 3

1K 38 0
                                    

"Selamat pagi Rose."

Rose angkat kepala tatkala mendengar suara seseorang menyapanya. Bersama satu senyuman nipis di bibir. Seorang lelaki yang segak memakai sut hitam di badan sedang berdiri di depan mejanya.

Lucas membalas senyuman Rose. Bungkusan plastik di tangan Lucas dihulur pada Rose.

"Saya ada beli nasi lemak. Makanlah." Ujar Lucas lalu menyeluk tangan dalam poket seluar.

"Terima kasih. Encik Lucas dah makan ke?" Rose bertanya sambil mengintai isi di dalam kandungan plastik di tangannya.

"Saya sarapan di rumah." Balas Lucas lalu tersenyum.

Haih kacak betul lah.

Kalau tak kenang aku dah kahwin, memang aku tangkap muat kau jadi laki aku. Aieeeeee.

Sedang mereka berbual, seorang lelaki yang lengkap dengan pakaian kerja berjalan melintasi mereka bersama seorang wanita bertudung.

Rose terkedu. Ini kali pertama dia lihat Putra bersama seorang wanita lain. Selalunya kalau meeting dengan client perempuan, pasti Lucas yang akan pergi.

Tapi...

Ah, buat apa aku nak peduli? Lantak dia lah. Selama ni bukannya dia kisah pasal aku pun.

Rose buat tak tahu lalu menghidu nasi lemak yang berada di tangannya. Gembira betul dapat rezeki di awal pagi ni.

"Lucas!"

Laungan Putra membuatkan Rose dan Lucas menoleh. Kelihatan Putra sedang menyandar badan pada bingkai pintu.

Faham akan keadaan itu. Lucas meminta diri pada Rose sebelum dia berjalan ke arah pejabat Putra, manakala Rose pula mahu ke pantri.

Apabila mata mereka bertemu, Rose mengalihkan pandangannya ke arah lain.

Kau ingat handsome?

Tapi memang handsome pun, argh!















=========================================

Lucas berdiri tegak di depan Putra dengan kedua tangan di belakang. Sesekali Lucas mengerling wanita bertudung yang duduk di kerusi di depan meja Putra.

Naik menyampah Lucas lihat gaya wanita itu seperti mahu menggeletis dengan suami orang. Mahu saja dia tembak kepala wanita itu hingga berlubang.

"Dia makan tak?" Soal Putra mahukan kepastian.

Lucas mengangguk, "Ya."

"Lepas ni sediakan sarapan untuk dia. Kalau bukan dari kau pun, pastikan dia ambil sarapan." Pesan Putra pada Lucas dengan nada serius.

"Baik, Tuan Raja."

Sebaik saja menerima arahan dari Putra, lelaki tinggi lampai itu meminta diri untuk keluar dulu.

Pintu ditutup dan Putra kembali membuat kerjanya. Renungan dari wanita di depannya diabaikan. Sesungguhnya dia punya kerja yang lagi penting dan banyak.

"Kau tak reti balik ke? Tak ada kerja?"

"You lah kerja i." Kata wanita itu dengan senyuman menggodanya.

Kau ni... tak padan dengan pakai tudung. Mengalahkan ulat bulu!

Putra mendengus. "Pergi balik sebelum aku panggil sekuriti." Kata Putra tegas.

Tiba-tiba wanita itu bangun dari duduknya lalu berjalan ke arah Putra. Tangannya mula menjalar di bahu Putra. Makin lama mendarat pada dada Putra pula.

THE BRIOC: HIS PRISONWhere stories live. Discover now