BAB 51

441 28 4
                                    

Danish melangkah keluar dari mansion Putra dan berjalan menuju ke keretanya. Di belakangnya, Dante yang turut mengikuti langkahnya. Sebelum keluar, Danish sempat memandang ke arah rakan-rakannya.

Xander dan Lucas bergegas masuk ke dalam rumah dan lihat Putra yang sedang duduk di sofa dengan wajah yang sukar ditafsirkan. Rose sudah dibawa naik rehat di biliknya tadi.

"Bro, kau okey tak ni?" soal Xander seraya duduk di sofa bersebelahan dengan Putra.

Lucas juga mengambil tempat di depan mereka sambil menunggu apa yang Putra ingin katakan. Lelaki itu nampak kusut. Sepanjang perjalanan mereka pulang ke rumah tadi pun Putra pandu kereta macam nak pergi neraka saja.

Risau bukan main bila Lucas lihat wajah Putra bila dapat berita Rose kemalangan. Tapi mujurlah tiada kecerderaan yang teruk. Hanya cedera ringan.

"Aku..."

Lepaskan adik aku atau aku sendiri yang ambil dia dari kau. Itu saja pilihan yang kau ada Putra Qadi. Cukuplah aku tengok apa yang kau dah buat pada adik aku.

Kata-kata Danish tadi masih terngiang-ngiang di dalam fikirannya. Itu permintaan seorang abang yang ingin melihat adiknya bahagia tapi adakah Rose akan bahagia jika mereka berpisah?

Dia...

Dia akan bahagia ke kalau berpisah dengan permaisuri hati? Satu-satunya anak mereka?

"Damien nak aku berpisah dengan Rose." beritahu Putra dengan nada suara kecewa.

Terkejut Xander dan Lucas mendengarnya. Serentak mereka saling berpandangan sebelum mata tertumpu pada Putra semula.

"Aku tak boleh tapi... hidup dia akan terus terancam jika terus bersama aku." sambung Putra lagi.

"What the hell Put?! Dah kenapa pula kau nak cakap macam tu? Tak ada yang terancamnya, kita bunuh Matteo habis cerita! Perempuan jalang tu pun tak tahu mana dia pergi..."

"Dia dah mati." potong Putra.

"Hah?" Xander tayang wajah keliru lalu mengerling pada Lucas. Lelaki itu angkat bahu tanda dia tidak tahu.

"Aku dah suruh Dante bunuh dia. Jika dia terus hidup, dia akan terus kacau isteri aku. Jadi aku hapuskan dia."

Xander mengangguk perlahan. Okey, masalah kecil dah selesai.

"Lepas tu, apa yang kau nak risaukan? Kita kumpul semua, serang markas Matteo bodoh tu!"

Bersungguh-sungguh Xander mahu menyakinkan Putra dengan rancangannya. Fahd dan Elman tak ada, jadi boleh la dia keluarkan rancangan bernas lagi membahayakan nyawa semua orang itu.

"Matteo tak seorang Xan. Ada orang yang beri arahan pada dia. Selagi orang atasan tu tak mati, selagi tu keluarga aku tak selamat. Mungkin kau orang juga."

Xander terdiam. Baru dia tahu apa yang berlaku sebenarnya. Selama ini dia hidup aman damai dengan Karina kerana Daiyan tidak benarkan dia ikut campur. Sama juga Laith. Kerana itulah dua ahli Black Mamba itu banyak buat hal sendiri.

Mereka bergerak atas arahan Daiyan.

"Kau betul-betul nak lepaskan Cik Rose ke?" tanya Xander dengan suaranya yang berubah kendur. Dia turut merasa sedih dengan berita kali ini.

Dia tahu bagaimana rasa sakit berpisah dengan orang yang kita sayang. Tapi lebih sakit bila bercerai mati.

"Xan, aku perlukan masa."

Putra bangun lalu berjalan melintasi mereka. Baru sahaja kakinya memijak satu anak tangga, terasa belakang badannya dibaling oleh sesuatu. Tanpa menoleh ke belakang, bantal kecil yang menjadi mangsa itu jatuh tergolek di depan Putra.

THE BRIOC: HIS PRISONWhere stories live. Discover now