Setelah selesai memeriksa dokumen penting yang bakal diusulkan semasa mesyuarat esok, Rose beralih pada kerjanya yang seterusnya. Tak sangka hasil kerja Putra sangat teliti dan teratur. Tiada langsung kesalahan ejaan ataupun tatabahasa.
Dalam masa dia sedang ralit menyiapkan kerja, matanya terpandang frame gambar yang terletak di sebelah iMac. Potret perkahwinannya bersama Putra. Sejak Rose duduk di dalam bilik kerja Putra, memang dari awal lagi frame gambar itu berada di situ.
Bukan itu saja, malah di belakang potret itu tertulis ayat yang ditulis tangan oleh Putra sendiri iaitu,
I can finally say, I'm truly happy.
Ayat inilah yang sentiasa bermain di fikirannya. Jika benar apa yang Putra maksudkan jadi mengapa dirinya diperlakukan sedemikian rupa?
Adakah putra mencintainya setulus hati?
Atau sekadar fantasi yang dibina atas dasar selesa?
Tok! Tok! Tok!
Bunyi ketukan pintu menyedarkan Rose dari terus hanyut dengan fantasi yang dibina oleh dirinya sendiri.
"Masuk!"
Pintu dibuka dan wajah kacak Lucas menghiasi sepasang mata milik Rose. Satu senyuman nipis terukir di bibirnya sebelum kembali pudar apabila terpandang seraut wajah wanita yang rasanya dia pernah lihat.
"Bos, saya kenalkan, ini Cik Faella. Rakan lama dan client Tuan Raja." ujar Lucas pada Rose.
Rose langsung tidak memberi apa-apa reaksi. Hanya Faella yang sedang tersenyum padanya.
"Cik Faella, ini isteri Tuan Raja, Puan Amara Rose. Sekarang Puan Rose ambil alih tugas Tuan Raja hingga kes selesai." Giliran Faella pula diperkenalkan pada Rose oleh Lucas.
Lucas meminta diri untuk beredar apabila dia rasakan suasana di dalam pejabat mula tegang dan ada aura yang menyeramkan. Sudah lah pandangan tajam Rose tadi benar-benar membuatkan dia rasa bahang secara tiba-tiba.
Panas la pulak.
Rasanya bilik ni beraircond.
Laki bini sama saja, aura tu scary!
Lebih baik dia segera keluar daripada berlama di situ.
Tutup saja pintu pejabat bosnya, Lucas mengeluarkan sapu tangannya dan mengelap peluh halimunan di dahi.
Fuh!
YOU ARE READING
THE BRIOC: HIS PRISON
FanfictionWelcome to 2nd colors series: Midnight 🖤 Raja Putra Qadi Brioc X Amara Christine Rose. Setelah lima tahun berumahtangga, Rose memutuskan jalan perpisahan adalah jalan yang terbaik bagi mereka. Duduk serumah, tidur sebantal tapi hidup mac...