BAB 4

972 34 0
                                    

Jam sudah menunjukkan pukul sebelas tiga puluh malam. Rose masih di ofis menyiapkan kerja. Kertas kerja serta dokumen disusun dengan teliti sebelum Rose mengasingkan untuk diletakkan di atas meja Putra dan disimpan di bilik file.

Bilik Lucas masih menyala lampu, maknanya lelaki itu masih belum pulang. Rose berjalan menghampiri bilik kerja putra yang gelap dek tiada orang di dalam. Selepas lunch tadi Putra keluar untuk menghadiri mesyuarat bersama Lucas, namun hanya Lucas saja yang pulang ke ofis semula.

Tombol dipulas lalu Rose menapak ke dalam bilik kerja Putra. File penting untuk ditandatangan esok diletakkan di atas meja. Baru saja Rose mahu melangkah keluar, dia terpandang sesuatu pada meja kopi di sofa.

Ada kotak berwarna putih beserta kad di atasnya.

I'm sorry.

Itulah yang tertera di atas kad tersebut. Rose senyum senget, dia sudah tahu kiriman dari siapa. Dan dia juga tahu memang sengaja di letakkan di sini kerana pemberi hadiah itu tahu Rose akan masuk ke dalam biliknya.

Cliche.

Kotak dibuka. Ada sepasang blouse berwarna hitam dari jenama Tricots Roma. Pasti Putra mahu menggantikan blausnya yang dikoyak olehnya siang tadi.

Heh, sweet jugak. Tapi lagi bagus kalau kau boleh bagi depan-depan instead of macam ni. Lelaki kan. Berani lah sikit.

Eh astarfirullahazim! Sukahti aku je kutuk suami sendiri. Tak bau syurga mampus aku.

Rose letakkan semula blaus itu di dalam kotak lalu membawa keluar bersamanya. Benda mahal kena ambil. Macam Putra tinggalkan black card padanya dulu. Sampai sekarang Rose simpan lagi. Emergency baru guna.

Kikis duit suami sendiri tak apa.
































=========================================


Terasa malam ini sunyi dari biasa, selalunya waktu begini masih ada pekerja dan juga sekuriti yang lalu-lalang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Terasa malam ini sunyi dari biasa, selalunya waktu begini masih ada pekerja dan juga sekuriti yang lalu-lalang. Ada kala mereka berbual bersama. Biasanya kalau staf pulang lewat, maksudnya rumah mereka tidak jauh dari ofis. Ada juga yang mahu elak traffic jam.

Itu kata mereka lah. Rose balik lambat sebab kerja banyak. Lagipun hanya dia dan Lucas saja yang berada di aras yang sama dengan Putra. Cakap pasal Lucas rasanya lelaki itu sudah pulang kerana selepas Rose keluar dari pejabat Putra, bilik Lucas sudah gelap gelita.

Punat G ditekan. Lif mula turun ke bawah dari tingkat lima belas.

Ting.

Pintu lif terbuka dan Rose keluar berjalan ke arah keretanya. Kiri dan kanan dia pandang mencari jika ada kelibat manusia namun parking sunyi sepi.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
THE BRIOC: HIS PRISONWhere stories live. Discover now