Dante berdiri di sebelah Daiyan yang sedang melihat matahari terbenam. Dari jauh mereka lihat Tatiana, Rayne dan Aaron turut melihat ke arah yang sama sambil menangkap gambar. Rasanya bertahun budak-budak itu tidak berjumpa.
Azrael belajar di kolej bersama Delilah manakala Aaron pula sudah bekerja. Tatiana bersama abangnya di luar negara. Rayne pula sudah mula bekerja sambil belajar. Claudia pula di sekolah menengah.
"Kau ada dengar khabar berita pasal dia?" tanya Dante.
Daiyan geleng kepala, "Tak, langsung. Sebelum ni aku ada la jumpa ternampak dia. Tapi dah hampir tiga bulan, kelibat dia langsung aku tak nampak." Ujar Daiyan bersama keluhan berat.
Xander menghilangkan diri selepas Rayne masuk tadika. Sepanjang Rayne di bawah jagaan Tuan Azmeer, dia langsung tak peduli akan anaknya sendiri. Meskipun Rayne tahu Dante dan Faella bukanlah ibubapa kandungnya tapi Rayne langsung tak berdendam dengan sesiapa.
Jika ditanya mengenai Xander, Rayne hanya mampu tersenyum.
Hatinya sakit...
Paling pedih bila dia tahu ibunya mati dibunuh oleh ibu Tatiana dan Louis. Itu pun Rayne masih boleh berlagak tenang. Yang marah hanyalah Claudia. Walau bagaimana pun, mereka kagum dengan sikap dua beradik itu. Rayne tetap layan semua sama rata, Claudia pula walau dia benci dengan pasangan kembar itu tapi tidaklah sampai nak tengok muka pun tak suka.
"Tak apalah, mungkin dia masih belum terima."
Daiyan toleh, "Masih belum terima? Dan, dah bertahun-tahun dah. Dari rambut aku ni hitam sampai dah ada uban."
"Kita tak ada di tempat dia Zaeem. Dulu Rachel, lepas tu Karina. Depan mata dia dia orang tu mati. Masa bini aku hilang tu pun aku rasa nak putus nyawa dah. Inikan pula pergi tak kembali. Walau sejuta tahun pun kau bagi, belum tentu cukup." kata Dante sambil melihat ke arah anak-anak mereka.
Daiyan menyilang tangan di dadanya lalu tergelak kecil. "Ya, aku sendiri tak dapat bayang apa akan jadi kalau aku dekat tempat dia."
"Ayah!"
Speak of the Devil.
Dari jauh mereka lihat Rayne berlari ke arah Dante dengan tergesa-gesa. Tanpa banyak bicara, dia terus meraba poket Dante dan menculik dompet lelaki itu. Kemudian dia berlari ke arah motosikal yang sudah berhenti di depan pintu pagar.
Terpinga-pinga Daiyan lihat Dante 'dirompak' di depan matanya. Punyalah kalut, ingatkan benda buruk jadi. Rupanya dia nak beli aiskrim. Di belakang Rayne turut ada Tatiana yang kecoh memilih aiskrim.
Si sulung itu pula hanya ketawa melihat telatah adik-adiknya.
Setelah beberapa minit mereka kembali bersama aiskrim di tangan masing-masing. Aiskrim magnum coklat menjadi pilihan Rayne manakala Tatiana pula unicornetto. Rayne tidak makan aiskrim tapi di tangannya ada bungkusan aiskrim yang dipilihnya.
Rayne hulur dompet Dante sambil tersengih. Dante sambut lalu mengusap kasar rambut anak lelakinya. Nakal.
"Where's mine?" tanya Dante dengan wajah bekunya.
"Err..." Rayne sengih.
Alamak. Tatiana dan Aaron sudah cabut lari dulu. Mereka berdua berjalan masuk ke dalam rumah.
"You bought that ice cream with my money but you didn't buy it for me." kata Dante sambil berpura-pura seperti mahu memarahi Rayne.
"Err... mama!!!" Jerit Rayne seraya berlari ke arah Faella yang kebetulan lalu di kawasan itu.
Dari jauh Faella lihat Dante sedang ketawa bersama Daiyan. Sah suaminya mengusik anak lelaki mereka ni. Faella usap kepala Rayne seraya masuk ke dalam rumah.
"Terima kasih Dan. Kau dan isteri kau, sebab sanggup jagakan Rayne." ucap Daiyan seraya menepuk bahu Dante.
"Aku tak pernah anggap dia orang luar. Dia anak aku dunia akhirat."
Setelah itu mereka berjalan beriringan masuk ke dalam rumah. Habis bbq di luar mereka sambung acara di dalam rumah pula memandangkan malam ni mereka akan menyambut hari lahir pasangan kembar.
Rasanya sudah lama mereka tidak berbual panjang. Masing-masing sudah punya keluarga dan tanggungjawab. Sibuk ke sana, ke sini dalam menjalankan kerja. Dante tersenyum melihat kemeriahan di dalam rumah.
Dia cuma kesal kerana arwah Putra dan Rose tiada bersama mereka. Kita yang masih bernyawa, hidup harus diteruskan. Jadikan apa yang berlaku sebagai pengajaran.
Terima kasih sebab terima aku dalam keluarga ni. Dan terima kasih juga kepada Yang Maha Esa kerana masih berikan kesempatan hidup aku kembali kepada-Mu.
Sekian terima kasih kepada readers yang sudi membaca cerita saya THE BRIOC: HIS PRISON & RED: HER PROPERTY.
Ending bukan tergantung cumanya selepas ini akan ada sambung cerita baru untuk chapter 70. Cerita tentang AZRAEL DAN CLAUDIA.
Cerita mereka tiada kena mengena dengan THE BRIOC & RED.1. Kenapa saya buat ending Rose dan Putra mati?
Sebab kalau buat salah seorang hidup, akan jadi tak adil kerana banyak nyawa lain terkorban semata-mata nak lindungi laki bini red flag ni. Lagipun RED saya dah buat happy ending kan. So kali ini apa kata saya mati kan dua-dua watak utama. Hahahaha.2- Adalah cerita seterusnya akan happy ending?
Well, maybe yes maybe no.
Hahahahaha.
Mana boleh author ikut apa readers nak kan? Kita kena buat kelainan.
Ops.3- Boleh readers share idea atau storyline?
Eh boleh sangat. Setakat nak selit satu dua chap saya okey je.
Macam dalam cerita RED, ada banyak scene romantic kan, sebenarnya scene tu 90 percent real life tau.
Mana saya dapat?
Mesti la saya tanya kawan-kawan saya, buat research sikit, dan saya banyak lepak dekat cafe or mana-mana tengok real life couple.4- Kenapa ending RED & THE BRIOC berkait?
Memang itu niat saya dari awal. Kalau setakat buat happy/sad/pain ending tak menarik la.
Dalam erti kata lain, saya suka buat readers saya tertanya-tanya.
HAHAHAHAHA! (Gelak jahat)Akhir kata, terima kasih sekali lagi!
Author sayang semua!
YOU ARE READING
THE BRIOC: HIS PRISON
FanficWelcome to 2nd colors series: Midnight 🖤 Raja Putra Qadi Brioc X Amara Christine Rose. Setelah lima tahun berumahtangga, Rose memutuskan jalan perpisahan adalah jalan yang terbaik bagi mereka. Duduk serumah, tidur sebantal tapi hidup mac...