BAB 66

430 20 4
                                    

Uqail Elman.

Itulah yang sepasang mata hazelnya lihat. Putra menyebut nama itu. Elman tidak datang keseorangan, Lucas ada bersama seraya terus berlari ke arah Putra.

"Tuan Raja... Ya Allah." Lucas memapah Putra untuk bangun.

"Kenapa kau datang Luc? Sini bahaya kau tahu kau..."

"Akan mati. Saya tahu. Saya dah berjanji akan berada di sisi Tuan Raja walaupun nyawa saya menjadi galang ganti." Kata Lucas seraya mengukir senyuman nipis.

Lama Putra melihat wajah bersih itu. Selama ni dia tidak sedar akan kebaikan Lucas. Dia hanya tahu mengarah Lucas melakukan kerja kejinya.

"Aku dah tak peduli dengan semua tu. Lepaskan Putra Qadi. Memang dia jahat tapi bukan begini caranya nak menghukum sampai jadikan nyawa orang lain sebagai taruhan!" Tengking Elman pada dua orang manusia itu.

Jarang sekali lelaki setenang Elman tinggikan suaranya.

"Lepaskan dia." Elman berkata lagi.

Black ketawa. Dia keluarkan pistolnya lalu menembak ke arah Putra namun kali ini dihalang oleh Elman. Badannya jatuh ke lantai akibat abdomennya dirodok peluru.

"El?!!!"

Lucas mara ke arah Elman namun baru separuh jalan langkahnya terhenti. Muncung pistol berwarna hitam itu dihala tepat pada kepalanya.

"Selangkah kau bergerak, memang berlubang kepala kau

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Selangkah kau bergerak, memang berlubang kepala kau." Ugut Black lagi.

"Kenapa kau buat macam ni? Tolonglah berhenti!" Lucas pula merayu. Tak sanggup dia nak lihat dua orang kawannya diseksa begini.

Berbaki tenaga yang masih ada, Elman gagahkan diri untuk bangun dan berdiri menghadap Black. Tangan kanannya memegang perutnya yang berdarah.

"Berhenti lah. Dia suami awak, Cik Rose." Kata Elman pada Black sambil menitiskan air matanya. Perlahan-lahan Elman berjalan ke arah Black lalu mengusap pipi wanita itu.

Sayu wajah Elman melihat seraut wajah yang dia kasih itu sudah berubah menjadi manusia kejam. Topeng muka yang dipakai oleh Black ditanggal.

"What the..." Danial menekup mulutnya.

"Cik Rose?! Cik Rose tu Black?! Black tu Cik Rose?!" Laith juga turut terkejut. Dia tidak menjangka akan kebenaran yang baru sahaja dia tahu.

Kebetulan Rhea yang berada di sebelah juga terkejut. Terus bukunya ditutup dan dia berlari ke arah suaminya. Terkejut Laith bila kepala isterinya berada betul-betul di atas bahu.

Ingatkan hantu mana bertenggek atas bahu tadi.

"Bila Bonita masuk?" Tanya Laith sebaik sahaja dia menutup mikrofon pada sistem. Karang dia orang dengar, malu lah.

Rhea mendengus, "Dah setengah jam saya dekat kerusi tu baca buku." Kata Rhea sambil menjeling suaminya. Khusyuk sangat gamaknya.

"Ha jeling, jeling, korek mata tu karang." Gumam Laith pada dirinya sendiri bila Rhea sudah bergerak ke kerusinya semula.

THE BRIOC: HIS PRISONWhere stories live. Discover now