Danish pandang dua kelibat manusia yang sedang berbual rancak selang dari dua buah kereta di sebelah sambil menongkat dagu. Entah apa yang mereka bualkan sehingga wajah si lelaki merah menyala bak cili manakala si gadis pula tunduk mengira batu agaknya. Hampir sepuluh minit dia lihat drama tidak berbayar mereka.
Buat pertama kali dalam sejarah, Danish masuk pejabat lambat apabila lihat jam di tangan sudah hampir sembilan lima belas minit. Ikutkan hati mahu saja dia abaikan pasangan itu namun apabila lihat si lelaki seperti menyakiti gadis itu, Danish rasa dia perlu ambil tindakan memandangkan mereka berada di kawasan hotelnya.
Risau imej tercalar dari pelanggan dan staf yang menetap atau yang berada di kawasan situ. Pintu hummernya ditutup lalu Danish mengorak langkah ke arah pasangan itu. Si lelaki sudah meninggikan suara sambil tangannya menggenggam kuat pergelangan tangan si gadis.
Sedaya-upaya si gadis cuba melepaskan diri dengan wajah berkerut dek sakit diperlakukan begitu.
"Kurang ajar!"
Apabila tangan si lelaki hampir mengena pipi mulus si gadis, tubuh si lelaki tiba-tiba ditolak hingga belakang badannya bertemu dengan kereta yang diparkir di situ. Si gadis pula terkejut, tidak semena-mena tangannya ditarik lalu pandangannya terhalang dek belakang badan seseorang berdiri di depannya.
"Hei, berani kau tolak aku!" tempik sang lelaki.
Dengan selamba Danish mengangguk, wajah tidak perasaan itu pandang tajam ke arah si lelaki.
"Berani."
"Hoi kau jangan masuk campur urusan aku dengan betina tu! Berambus!" dia mara ke arah Danish dan si gadis itu lalu Danish sekali lagi menolak tubuh tersebut.
Boleh tahan kuat juga dia tolak sampaikan kereta itu bergoyang, mujur saja alarm tak bunyi. Danish memeluk tubuh seraya menoleh ke belakang, wajah si gadis dipandang.
"Kalila, tahu tak sekarang pukul berapa?" Danish bertanya dingin.
Lambat-lambat Kalila mengangguk.
"Then, buat apa layan si bodoh tu lagi? Hari ini hari pertama awak bekerja tau. Nak kena potong gaji?" ugut Danish.
Laju Kalila geleng. "Maafkan saya bos." kata Kalila perlahan, dia masih tunduk pandang tar jalan. Tak sanggup nak tengok muka garang Danish.
"Pergi masuk dan cari Dante." arah Danish pada Kalila kemudian dia berpaling ke depan semula.
Kalila mengangguk seraya berlari masuk ke dalam kawasan lobi hotel. Dia begitu takut hingga menggigil, mujur Danish datang tolong. Kalila menghampiri kaunter pertanyaan dan menyapa staf di situ.
Si bodoh terbatuk-batuk sambil memegang dadanya. Gagah juga dia bangun dan berjalan ke arah Danish. Kali ini dia tidak serang hanya berdiri di depan Danish.
"Kau siapa nak masuk campur urusan aku dengan betina tu?! Dia tu aku punya!"
Danish mengerling jam di tangan. Mesyuarat akan bermula lagi setengah jam jadi dia perlu tamatkan perkara remeh-temeh ini segera.
"Ini kawasan hotel aku. Aku ada hak nak masuk campur, dan... perempuan tu pekerja aku." kata Danish masih dalam nada dinginnya.
Selangkah demi selangkah dia hampiri si lelaki dan langkahnya berhenti bila belakang badan si lelaki sudah berlaga dengan kereta tadi. Sengaja Danish melipat lengan kemejanya hingga menampakkan tatu di tangan. Karang tunjuk pistol takut terkencing.
Gotcha!
Wajah bengis tadi berubah cuak, berkali-kali dia telan air liur sebaik saja lihat tatu bercorak singa di tangan kanan Danish. Gaya santai tangan dalam kocek seluarnya. Danish tunduk sedikit untuk menyamai tinggi mereka.
YOU ARE READING
THE BRIOC: HIS PRISON
FanfictionWelcome to 2nd colors series: Midnight 🖤 Raja Putra Qadi Brioc X Amara Christine Rose. Setelah lima tahun berumahtangga, Rose memutuskan jalan perpisahan adalah jalan yang terbaik bagi mereka. Duduk serumah, tidur sebantal tapi hidup mac...