BAB 56

429 23 10
                                    

Beberapa bulan kemudian...

Putra merenung surat yang sudah dia tandatangani itu lama. Seharusnya dia gembira kerana hajatnya sudah tercapai. Segala hak milik Adrian Percival sudah dia rampas. Tin coke digenggam sehingga kemek.

Baru sahaja dia dapat mengambil kembali harta milik keluarganya yang dirampas oleh Adrian Percival, isterinya Rose melarikan diri hingga kini.

Langsung tiada khabar berita. Panggilan tidak dijawab, bahkan nombor telefonnya juga tidak aktif lagi.

Masih selamatkah dia?

Lamunan Putra terganggu apabila bunyi ketukan pintu pejabat diketuk oleh Lucas. Selepas mendapat kebenaran, Lucas masuk bersama seorang tetamu.

Matteo!

Lelaki yang memakai sut kemas berwarna kelabu sedang tersenyum lalu berdiri di depan Putra yang sedang merenung ke arahnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Lelaki yang memakai sut kemas berwarna kelabu sedang tersenyum lalu berdiri di depan Putra yang sedang merenung ke arahnya. Dua orang bodyguard berdiri di belakang Matteo. Lucas pula mengambil tempat di belakang Putra.

Putra bangun dari duduknya seraya menyandar badan pada meja kerjanya. Sambil menyilang tangan di dada Putra membalas renungan Matteo.

"Apa hal kau datang sini?"

Matteo senyum senget, "Wow. Salah ke aku nak datang melawat kau?"

Tanpa dipelawa, Matteo duduk di kerusi sambil berpusing-pusing. Lucas yang menjadi pemerhati di belakang hanya mendiamkan diri.

"Berambus sebelum kau jadi mayat kat sini."

Matteo ketawa lucu. Dia masih lagi berpusing-pusing sambil bergelak tawa seolah-olah mengejek Putra.

"Alah garang betul. Aku datang nak jenguk kau. Manalah tahu kau sunyi. Yelah, kan bini dah lari." kata Matteo.

Bengang dengan sikap Matteo, Putra menghampiri seraya kakinya menghentak kerusi yang sedang berpusing itu hingga terhenti seraya merenung tepat wajah Matteo.

Matteo mengangkat tangan di udara sebagai isyarat kepada bodyguardnya untuk kekal di tempat mereka. Mata helang Putra menikam sepasang mata Matteo. Lelaki itu masih dalam mod bergurau.

"Kenapa?" tanya Matteo bersama senyuman mengejeknya.

"Macam mana kau tahu semua ni?" tanya Putra dalam nada keras.

Matteo ketawa lagi. "Aku tahu semuanya pasal kau Raja Putra Qadi!"

Kolar baju Matteo dicengkam kuat seraya memaksa lelaki itu berdiri. Wajah bengis Putra langsung tidak menggugat Matteo, malah dia makin berani.

"Kau yang rancang semua ni kan?! Mana isteri aku!?" bergerak-gerak anak mata Putra sambil bertanya soalan itu pada Matteo, serta urat kepala yang turut timbul.

"Mana isteri aku Matteo?!!"

Badan Matteo digoncang kuat sambil Matteo mengangkat kedua tangan di udara. Cengkaman Putra ditepis kasar lalu dia menepuk pakaiannya seperti membuang habuk.

THE BRIOC: HIS PRISONWhere stories live. Discover now