Dalam kesibukan kota bandaraya Kuala Lumpur, orang ramai mula memenuhi jalan raya untuk keluar mencari makan tengah hari. Ada juga yang makan di kafe, ada juga yang hanya tapau. Keluar dari lif, Rose berjalan menuju ke parking.
Hari ini dia tapau saja memandangkan Putra dan pembantunya pergi menghadiri majlis penting di luar negeri. Kerana itulah Rose bersendirian hari ini.
Baru nak ajak Aara tapi kakaknya pula kerja half day kerana Aaron demam semalam. Rose keluarkan kunci keretanya. Baru saja mahu buka pintu, seseorang menyapanya.
"Hai Amara!"
Seorang lelaki yang memakai pakaian kasual itu menegur dengan wajah cerianya. Rose yang menyedari namanya diseru, menoleh.
"Eh, Danial." Rose membalas senyuman Danial.
"Lamanya tak jumpa you. Amara sihat? Makin cantik ya sekarang!" melambung Danial memuji Rose.
Rasanya kali terakhir mereka bertemu semasa hari konvo. Itu pun tidak lama kerana selepas selesai majlis graduasi mereka, Rose terus pulang kerana dia perlu mengikuti misi di Bali bersama Aara dan Rachel.
"Alhamdulillah. You sihat?" Rose berbasa-basi. Tanya soalan basic sudah. Bukan dia tak tahu Danial ni dulu buaya spesis terancam.
"Well, still grow and handsome, as always."
See. Kan ayat buaya tu. Menyampah gue. Riak tak habis.
"You nak pergi mana ni? You kerja sini ke?" Soal Danial sambil memandang sekeliling bangunan itu. Lobi saja dah tampak mewah, apatah lagi di dalam.
"Nak pergi tapau makanan. Haah, i kerja sini."
"Great! I baru sampai kl pagi tadi and tak makan lagi, nak tak kita makan sama-sama?"
Gawat! Ni kalau Putra tahu memang mati aku. Teragak-agak Rose mahu memberi jawapan.
"Err...."
"Oh come on Amara, i rindu nak borak dengan you. Lagipun i tak tahu sangat jalan kl. Boleh lah, please..." Danial menyatukan tapak tangan sambil buat muka kesian.
"Err... sorry tapi..."
"Ala, boleh la. I janji kali ini aje. Please?"
Tiba-tiba menyesal pula turun hari ini. Kalau tahu tadi baik order grab ke, foodpanda ke. Argh! Ada juga aku lempang dia ni karang jadi buaya selipar terus.
"Okey, tapi i tak boleh lama. I ada meeting lepas ni." kata Rose sambil berjalan beriringan dengan Danial.
"Promise, safe and sound." Danial tersenyum manis sambil tangannya diangkat seperti membaca ikrar saja.
Nasib lah kau kawan aku. Kalau tak dah putus kepala.
YOU ARE READING
THE BRIOC: HIS PRISON
FanfictionWelcome to 2nd colors series: Midnight 🖤 Raja Putra Qadi Brioc X Amara Christine Rose. Setelah lima tahun berumahtangga, Rose memutuskan jalan perpisahan adalah jalan yang terbaik bagi mereka. Duduk serumah, tidur sebantal tapi hidup mac...