"Jadi kau nak cakap Karina mati dibunuh?" Fahd bertanya.
Xander menghembus nafas berat. "Aku tak tahu."
"Lepas dia balik malam tu. Dia terus tak sihat sampai menggigil badan dia. Bila aku tanya, dia tak nak cakap." Sambung Xander lagi.
"Aku minta maaf. Kita patut lindungi dia dari awal." Laith berkata seraya menepuk bahu Xander dengan lembut.
"Ini salah aku. Aku suami, aku patut lindungi keluarga aku."
Danish angkat kepala. "Xander Dzal Aidi, apa kau nak aku buat?"
Semua terkejut apabila tiba-tiba Danish dengan sukarela mahu menolong Xander. Semua di situ mengenali sikap Danish yang sememangnya tidak suka diarah. Dia juga bukan sejenis manusia yang baik hati mahu menolong.
Mungkin dia rasa bersalah dengan kematian Rachel dulu, dan kini Xander hilang permata hatinya sekali lagi. Angkara yang sama, iaitu dendam dari keluarga.
Xander geleng. "Aku dah penat. Cukuplah tu. Aku cuma nak rehat." Xander berkata lemah seraya berjalan menuju ke tangga.
"Xan." suara Laith memanggil namanya.
Bahu Xander disentuh perlahan, "Aku janji akan buat apa sahaja untuk bela kematian Karina."
Xander pandang wajah rakan-rakan seperjuangannya lalu rambut Laith diramas lembut. Jika seperti biasa, Laith pasti akan mengamuk kerana mengusutkan rambut kesayangannya.
"Terima kasih."
"Kalau kau nak join, bagitahu lah Xan." Fahd pula berkata sambil berjalan ke arah Laith dan Xander.
Xander senyum kelat, "Rachel dan Karina dibunuh depan mata aku. Aku ni manusia gagal. Kalau aku balas dendam sekali pun, takkan boleh hidupkan isteri aku semula Fahd."
Jelas semua terkejut dengan kata-kata Xander. Danish dan Dante saling berpandangan, Elman juga terkejut dengan apa yang dia dengar.
Ini bukanlah Xander yang mereka kenal.
Mungkin kematian Karina beri impak besar dalam dirinya. Dia hilang isteri, teman sebantal, sekatil, teman hidup dan mungkin juga... separuh hatinya.
Putra tunduk memandang surat di tangannya. Timbul sikit rasa menyesal atas apa yang dia lakukan pada Rose hingga wanita itu tega meninggalkannya bersama anak mereka yang masih kecil.
"Dan..."
Dante angkat kepala apabila Xander berdiri di depannya. "Aku tak pernah minta tolong kau, aku tahu kau orang yang paling sesuai."
Debaran menunggu apa yang mahu dikatakan oleh Xander. Suasana berubah sunyi dan suram.
"Tolong jaga anak aku, Rayne. Didik dia macam anak kau sendiri. Aku tahu kau mampu jaga dia." Ujar Xander bersama air matanya yang mengalir di pipi.
Dante terus menarik tubuh sasa itu ke dalam dakapannya. Dia tahu pasti sukar untuk Xander membesarkan anak mereka tanpa Karina. Apatah lagi apabila wajah Rayne mirip sekali dengan Karina.
"Aku janji." kata Dante perlahan, cukuplah hanya mereka berdua sahaja yang dengar.
YOU ARE READING
THE BRIOC: HIS PRISON
FanfictieWelcome to 2nd colors series: Midnight 🖤 Raja Putra Qadi Brioc X Amara Christine Rose. Setelah lima tahun berumahtangga, Rose memutuskan jalan perpisahan adalah jalan yang terbaik bagi mereka. Duduk serumah, tidur sebantal tapi hidup mac...