Xander berdiri di depan almarinya lebih kurang tiga puluh minit. Wajahnya berkerut sambil tangannya disilang di dada. Kemudian dia cekak pinggang pula, nanti dia ramas rambut sendiri pula.Dari basah selepas mandi, sekarang dah kering. Entah berapa kali Xander lilit tuala di pinggangnya. Punyalah lama sampai tuala pun nak terlondeh. Jam sudah menunjukkan pukul satu petang.
Sebenarnya dia mengajak Karina untuk keluar bersama memandangkan hari ini cuti hujung minggu. Dia berjanji akan mengambil Karina di rumah pukul tiga petang.
"Casual or formal? Eh aku ni nak pergi jumpa Karina aje apahal nak kena bersiap bagai!" Xander bercakap dengan dirinya sendiri seraya tangannya mencapai sehelai knitwear hitam dan dipadankan dengan slek hitam.
Simple habis.
Asal boleh, Xander kan.
Rambut panjangnya diikat lalu Xander capai cermin mata sebagai penambah fashionnya.
Konon fashionista lah tu? Heh.
Setelah berpuas hati dengan pakaiannya, Xander bergerak ke meja dan mengambil kunci keretanya. Converse high cut dicapai dari rak kasutnya.
Jarang sekali dia pakai kasut itu kerana harga dan mempunyai sentimental value yang tersendiri tapi hari ini Xander sudah tekad, dia perlu mula dan tamatkan sesuatu yang asyik berlegar dalam fikirannya.
"Handsome siot! Auch!"
"Baik aku kahwin dengan diri sendiri je you all!"
Selepas selesai memuji diri sendiri, Xander masuk ke dalam perut kereta dan menghidupkan enjin. Dating punya pasal, Xander bawa Audi rs7 putih.
Kasut jarang pakai, kereta jarang guna. Wah special betul hari ini ya. Ni kalau Karina tahu mahu blushing dia. Kereta audi putih itu meluncur laju keluar dari perkarangan rumah Xander.
=========================================
Sambil menunggu Karina siap, Xander matikan enjin dan keluar lalu bersandar di keretanya. Tak sangka pula jalan tak jem hari ini. Itu yang Xander tiba dua puluh minat awal.
YOU ARE READING
THE BRIOC: HIS PRISON
FanfictionWelcome to 2nd colors series: Midnight 🖤 Raja Putra Qadi Brioc X Amara Christine Rose. Setelah lima tahun berumahtangga, Rose memutuskan jalan perpisahan adalah jalan yang terbaik bagi mereka. Duduk serumah, tidur sebantal tapi hidup mac...