BAB 5

999 35 0
                                    

"Sayang..."

Rose mencelikkan matanya bila dia terasa sentuhan pada kulit tangannya. Tindakan refleks membuatkan Rose menarik kasar tangannya semula.

"Ni abang, Humaira."

Suara garau itu berkata, Rose toleh ke sisi. Kelihatan Putra sedang bertinggung di tepi kereta sambil memandang ke arahnya. Baru Rose sedar yang dia masih berada di dalam kereta.

Rasanya tadi dia terlelap. Rose toleh ke kanan, Xander sudah tiada di sebelah manakala Laith juga sudah lesap.

"Abang dah suruh dia orang balik."

Seperti tahu apa yang berada di dalam fikiran isterinya, Putra berkata. Melihat Rose yang masih kaku di tempatnya, Putra bangun lalu tangan dihulur.

"Saya dekat mana?" Rose tidak menyambut huluran tangan Putra. Pintu kereta ditutup seraya Rose berdiri di situ melihat mansion mewah yang tersergam indah di depannya.

 Pintu kereta ditutup seraya Rose berdiri di situ melihat mansion mewah yang tersergam indah di depannya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Putra tidak jawab malah ditarik tangan Rose secara paksa tapi tidaklah kuat mana. Cukup sekadar arahan untuk Rose mengikut jejak langkahnya.

Apabila mereka tiba di pintu utama, ada nama yang tertulis pada papan tanda itu.

The Brioc Residence.

Tahulah Rose bahawa ini adalah rumah keluarga milik Putra. Setelah pintu dibuka, Putra tarik lembut tangan Rose masuk ke dalam rumah.

Ternganga mulut Rose melihat design di bahagian dalam mansion

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Ternganga mulut Rose melihat design di bahagian dalam mansion. Luar saja dah mewah, inikan pulak bahagian interior. Hiasan yang nampak sangat ekslusif dan orang yang reka mesti mempunyai citarasa yang tinggi.

"Rumah ni nampak baru. Tapi bukan ke famili awak..."

Rose jeda seketika sebelum pandangannya beralih pada Putra yang sedang merenung gambar keluarganya.

"Keluarga saya dah lama tak ada. Ibu saya meninggal semasa lahirkan saya. Ayah saya pula mati dibunuh oleh Mafia dari Brazil." Cerita Putra dengan gaya tangan di dalam poket seluarnya.

Rose berdiri di sebelah Putra sambil melihat potret gambar keluarga. Senyuman yang terpancar pada wajah manusia di dalam gambar itu nampak gembira. Ada pasangan suami isteri dan juga dua tiga orang budak kecil.

THE BRIOC: HIS PRISONWhere stories live. Discover now