BAB 35

478 20 3
                                    

Kalila berdiri di depan pintu pejabat Danish hampir lima belas minit namun dia tidak berani untuk ketuk. Risau jika dia menganggu lelaki itu. Baru dia berura-ura mahu melangkah pergi, terdengar pintu pejabat Danish terbuka dari dalam.

"Kalila."

Dang.

Terasa seluruh badannya kejung, bukan itu saja bulu roma tegak berdiri.

Ada hantu ke Kalila?

"Kalila?"

Saat gadis comel itu berpusing ke belakang, kelihatan Danish yang sedang menyandar badannya pada bingkai pintu pejabatnya sambil memeluk tubuh. Riak wajah Kalila ketika itu tak usah cakaplah, merona merah bila sepasang mata helang Danish memandangnya.

"Ada apa awak berdiri depan pejabat saya?" soal Danish memecahkan kesunyian antara mereka.

Erk?

Macam mana dia tahu?

Damn.

Danish mengeluh kecil lalu jarinya menunjuk ke atas, seraya Kalila mendongak ke arah yang ditunjuk oleh Danish.

Ah damn, malunyaaa!!

CCTV!

Sumpah Kalila rasa nak sembunyi kepalanya dalam baju. Malu bukan kepalang, rupanya sedari tadi kelakuan dia diperhatikan. Mesti Danish fikir yang bukan-bukan sebab dia asyik berdiri di depan pintu saja.

"Maafkan, saya sebenarnya nak minta cuti nanti. Kelas saya dah nak mula." beritahu Kalila sambil memintal bajunya.

Danish masih dengan gaya yang sama, "Okey. Nanti submit jadual awak pada Danial."

Kalila angkat kepala, "Eh kenapa?"

"Yelah, Danial yang arrange jadual awak. Apa? Awak ingat saya nak berhentikan awak ke?"

Oh salah eh...

"O... okey."

Danish kembali mahu masuk ke dalam pejabatnya semula namun suara Kalila menghentikan pergerakannya.

"Bos, err... saya..."

Kening Danish terjongket sebelah, menunggu apa yang mahu dikatakan oleh Kalila.

"Speak Kalila..." malas saja gayanya. Geram dengan gadis kecil molek itu. Tergagap-gagap nak bercakap.

"Saya nak ajak bos dinner nanti. Saya nak ucap terima kasih sebab dah tolong saya hari tu." kata Kalila.

Danish tidak menjawab malah dia tutup pintu pejabat semula. Terpinga-pinga Kalila dibuatnya. Gadis itu mencebik lalu berpusing dan mengorak langkah ke arah lif.

Merajuk!

Kerek betul bos aku ni.

Dah seminggu lepas kejadian dia diserang oleh Adam dan sekali lagi Danish menolongnya. Hairan Kalila bila sudah dua kali Danish menjadi hero antara dia dan bekas tunangnya, Adam.

Terfikir juga bagaimana Danish tahu dia berada di kedai makan ketika itu. Tahu-tahu aje Danish datang lalu menghantarnya pulang. Malu Kalila kerana dia sudah menyusahkan Danish serta memalukan lelaki itu. Pertama kali depan hotel, lepas tu di luar hotel pulak. Allahu.

Ting!

Lif terbuka dan Kalila berjalan keluar dari lif dengan rasa sebal di hati.

Kalila bertembung dengan Dante yang kebetulan berada di sekitar itu. Di tangan lelaki itu ada sebuah buku. Tak tahulah kenapa tapi setiap kali terserempak dengan pembantu peribadi Danish ni pasti Kalila akan rasa gugup. Aura lelaki itu jauh berbeza dari Danish dan Danial. Lagi menakutkan bila Dante langsung tak senyum. Muka macam ice blended mocha!

THE BRIOC: HIS PRISONWhere stories live. Discover now