Baru sahaja Danish bertenang dan keadaan yang kelam-kabut tadi kembali reda kini dia disambut dengan berita kurang baik dari pembantunya.
Tangannya mula menggigil, bergerak-gerak anak matanya membaca setiap pergerakan bibir Danial. Seraut wajah cemas milik lelaki kacukan cina ditenung lama.
Kedua tangan mengepal penumbuk. Baru tadi dia lihat senyuman bahagia adiknya kini bertukar mimpi ngeri dalam hidup seorang Aysar Danish.
"Cik Rose kritikal."
Danish terduduk. Bagaimana dia mahu menderma darah pada Rose sedangkan wanita yang sedang bertarung nyawa menyelamatkan satu-satunya zuriat itu bukanlah adik kandung.
Jika minta bantuan Aara sekalipun, sama juga. Hanya dia dan Aara sahaja adik-beradik kandung.
"Doktor perlukan darah jenis B minus secepat mungkin!" Fahd bersuara lagi.
Waktu kecemasan begini lah bekalan hospital tidak mencukupi pula. Elman, Fahd dan Xander berkongsi darah yang sama tapi mereka tidak boleh menderma.
Danish bangun seraya berdiri di depan pintu kecemasan. Ini luar dari bidang kuasanya. Bagaimana dia harus menolong adiknya sendiri?
"Ambil darah aku."
Serentak semua kepala memandang ke arah punca suara. Keadaan yang tadinya cemas dan tegang bertukar sunyi saat mereka bertemu mata dengan sepasang mata hazel itu.
Mak Hamidah menutup mulutnya dek terkejut, Tuan Azmeer juga terkejut dengan apa yang matanya lihat sekarang ini.
"Allahuakbar." Fahd berkata perlahan.
Jelas terpancar riak wajah terkejut dan tidak percaya dengan apa yang mereka lihat. Masing-masing hilang kata. Dunia pula seakan-akan berhenti berputar.
YOU ARE READING
THE BRIOC: HIS PRISON
FanficWelcome to 2nd colors series: Midnight 🖤 Raja Putra Qadi Brioc X Amara Christine Rose. Setelah lima tahun berumahtangga, Rose memutuskan jalan perpisahan adalah jalan yang terbaik bagi mereka. Duduk serumah, tidur sebantal tapi hidup mac...