BAB 54

454 28 6
                                    

Sudah lama rasanya dia tidak menyentuh alat muzik itu selepas kematian Rachel dulu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sudah lama rasanya dia tidak menyentuh alat muzik itu selepas kematian Rachel dulu. Hari ini jari jemarinya mula menekan lalu mengeluarkan alunan melodi yang indah. Karina yang kebetulan lalu di bilik itu memberhentikan langkahnya.

Karina sandar badannya di bingkai pintu sambil tersenyum. Xander kelihatan sangat kacak dan bergaya di matanya ketika ini.

Lamunan Karina hilang dek kulitnya tangannya terasa hangat dengan sentuhan kasih sayang suaminya. Xander berdiri di depan Karina sambil tersenyum.

"Berangan apa tu flower?" Soal Xander lalu menciut pucuk hidung isterinya.

Karina sengih, "Sorry abang, saya khusyuk dengar abang main piano. Kenapa selama ni saya tak pernah nampak abang main pun?"

Senyuman Xander beransur pudar. Karina yang menyedari akan hal itu mengusap lembut pipi Xander.

"Piano tu ada kaitan dengan Rachel ke?" Karina bertanya sambil menatap wajah suaminya.

Xander tarik tangan Karina yang sedang mengusap pipinya lalu dibawa ke bibir dan dicium lama seolah-olah mencari kekuatan untuknya.

"Abang, saya tak marah langsung. Saya pun kawan Rachel juga. Saya sayangkan dia macam keluarga sendiri. Apatah lagi abang kan. Kalau abang teringat atau rindukan dia, doakan yang baik-baik untuk Rachel ya." Pesan Karina lalu tersenyum.

Xander tarik Karina ke dalam pelukannya. Sebak dia rasa.

"Flower, abang sayangkan isteri abang ni. Abang memang buat keputusan yang tepat dengan jadikan flower isteri abang. Flower sangat sempurna pada abang." Luah Xander lalu mengeratkan pelukan.

Bahagia yang dia rasa ketika ini, Xander harap akan berkekalan hingga ke syurga.

"Oh ya, saya nak keluar ambil Rayne. Abang nak ikut?" Tanya Karina bila mereka tiba di ruang tamu.

Karina capai kunci kereta lalu sarung kasut ke kakinya. Xander perhati sahaja gerak geri isterinya.

"Sorry flower. Kejap lagi Fahd nak datang, ada benda sikit nak bincang. Flower drive elok-elok tau." Kata Xander pada Karina lalu mereka berjalan ke muka pintu.

Karina hulur tangan dan disambut oleh Xander lalu satu melabuhkan satu ciuman pada kekura suaminya. Xander pula pegang kepala Karina seraya memberikan kucupan pada dahi licin itu.

Karina senyum gembira.

"Abang ni comel la. Clingy sangat ni kenapa? Saya bukannya nak pergi jauh pun." Karina cubit lengan Xander.

Cubitan berbisa sang isteri!

"Sakit la flower. Abang rindu isteri abang lah." Adu Xander sambil mengusap lengannya.

"Eeee manja. Saya depan mata ni kan. Tunggu saya balik okey!" Pesan Karina lalu berjalan ke arah kereta Audi yang berada di luar garaj.

Alat kawalan jauh ditekan. Sebelum sampai ke kereta, Karina toleh ke belakang seraya melambai pada Xander bersama satu senyuman indah.

THE BRIOC: HIS PRISONWhere stories live. Discover now