Fahd pandang ke arah pusat hiburan itu sambil tangannya lincah bermain game di telefon bimbitnya. Di sebelahnya pula seorang lelaki yang kelihatan kacak bergaya dengan kemeja hitam yang di bahagian atas sengaja tidak dibutangkan. Menampakkan lagi tatu Smilodon di bahagian dada serta tangan kirinya.
Gaya rambut sedikit serabai membuatkan dia kelihatan seperti lelaki kaki perempuan. Fahd harus akui yang lelaki berdarah Rusia ini sememangnya kacak maut!
Allah, Indahnya ciptaan-Mu.
Bunyi kasut tumit tinggi berjaya mengalihkan pandangan dua jejaka itu ke arah belakang. Ternganga mulut Fahd melihat seorang wanita seksi yang sedang berjalan menghampiri ke arah mereka.
Dante hanya beriak biasa.
Bini aku lawa lagi.
"Oi, senyum lah sikit." tegur Fahd sambil mencekak pinggang.
"Eh setan, kalau tak kerana arahan Tuan Muda, aku dah lama cuci tangan tau." bebel Laith dengan mulut muncungnya.
Dia kembali menjadi spy demi mencari maklumat tentang kehilangan Faella, Kalila serta Putra. Bukan itu sahaja, mereka juga perlu mencari dalang disebalik pembunuhan Karina.
Fahd ketawa sambil mencuit bahu Laith yang terdedah.
"Aku ni Raja tau! Malu la kalau orang tahu." bebel Laith lagi.
YOU ARE READING
THE BRIOC: HIS PRISON
FanfictionWelcome to 2nd colors series: Midnight 🖤 Raja Putra Qadi Brioc X Amara Christine Rose. Setelah lima tahun berumahtangga, Rose memutuskan jalan perpisahan adalah jalan yang terbaik bagi mereka. Duduk serumah, tidur sebantal tapi hidup mac...