"Bonitaaaaa!!!!!"
"Isteriku bento bonitaaaa!!!!! Di manakah kau?! Munculkan diri wahai si pendek!"
Archer yang kebetulan sedang turun tangga terdengar pekikan adiknya dari ruang tamu. Nak tidur balik pun terbantut kalau dah suara dia satu istana ni dengar.
"Tch!"
Baru saja Archer berura-ura mahu memanjat tangga dan kembali ke biliknya, Laith sudah tegur. Archer terus berdiri tegak. Bala betul lah. Menyesal turun bawah ni.
"Tengku Archer! Mana mau pirigi?!" Laith mencekak pinggang di bawah tangga sambil merenung ke arah abangnya.
Sial betul lah dia ni.
Archer berpusing badannya menghadap Laith lalu tundukkan kepala sedikit sebagai tanda hormat. Walaupun itu adiknya tapi lelaki itu sudah pun menjadi pemerintah mereka. Secara tak langsung darjat Laith lagi tinggi darinya.
"Masuk bilik. Kenapa?" jawab Archer acuh tak acuh bersama muk kosong di tangan. Baru ingat nak pergi dapur tadi.
"Ha eloklah tu, ada nampak bini aku?" soal Laith sambil matanya meliar ke kiri dan kanan mencari kelibat si isteri.
"Err... Cik Puan bukan dekat bilik studi ke?"
Laith mengangkat keningnya, "Mana kau tahu? Kau stalk bini aku ke? Pendek gemuk macam tu pun kau minat?"
Dah macam peluru. Kemain tembak tapi satu pun tak kena.
Sakitnya hati Archer ketika ini. Kalau tak fikir itu Raja, sudah lama muk kosong di tangannya dicampak ke kepala Laith.
"Bilik aku depan bilik studi dia kan. Apa masalah kau ni? Sudahlah, kacau aje." marah Archer seraya mendaki tangga semula lalu berjalan masuk ke biliknya.
Bang.
Sengaja pintu bilik ditutup kuat. Tanda protes.
"Ha hempaslah pintu tu! Ingat tak bayar cukai ke?" bebel Laith seraya berjalan ke arah pintu bilik studi milik Rhea.
YOU ARE READING
THE BRIOC: HIS PRISON
FanfictionWelcome to 2nd colors series: Midnight 🖤 Raja Putra Qadi Brioc X Amara Christine Rose. Setelah lima tahun berumahtangga, Rose memutuskan jalan perpisahan adalah jalan yang terbaik bagi mereka. Duduk serumah, tidur sebantal tapi hidup mac...