BAB 62

429 17 1
                                    

Dante melepaskan satu tumbukan tepat pada wajah Kieran. Sakit betul hatinya apabila lelaki itu tidak mahu menjawab soalannya.

"Mana Black?" Tanya Dante untuk kesekian kalinya.

Kieran mendesis. Dia meludah lalu mengelap mulutnya dengan lengan sebelum bangun berhadapan dengan Dante semula.

"Buat apa kau sibuk?" Kieran masih mahu membuang masa.

Tahap kesabaran seorang Dante Reis sudah tidak dapat dibendung lagi. Hatinya membara, segala kemarahan dan kesedihan yang dia tahan selama ini akan meletup.

"Aku langsung tak kenal kau! Entah mana datang tanya pasal Black." Dengan berani Kieran menjawab.

Kieran menyerang Dante lagi tapi kali ini dia menggunakan pasu kaca yang dicapai di meja kecil. Dante pantas mengelak.

Benci betul dia manusia yang lawan guna alat atau barang ni. Bukan lelaki sejati. Tangan kosong la brader.

Sudah Dante jangka yang Kieran akan mengetuk kepalanya menggunakan pasu tersebut. Dante tidak mengelak.

Prangg!

Kieran terdiam apabila lihat pasu yang sudah pecah berderai di lantai bersama beberapa titisan darah yang mengalir dari kepala Dante.

Apahal dia tak elak?

"Aku tak ada masa nak main-main dengan kau bangsat. Mana Black?" Soal Dante dengan suara garaunya.

Kieran berkerut dahi. Mengapa lelaki ini bersungguh-sungguh mahu mencari Black? Dia yang orang suruhan pun kemain susah nak jumpa.

"Kau takkan boleh jumpa dia kalau tak ada urusan." Jawab Kieran bersahaja.

"Dia dah culik isteri akulah bodoh!" Kata Dante dalam nada keras. Tangannya mengepal penumbuk. Sudah bersiap sedia mahu menyerang Kieran lagi.

Kieran ketawa lucu. Tuala yang berada dililit dipinggangnya ditanggal lalu dia capai seluar jeans yang berada di atas katil.

Selamba badak aje bogel depan Dante.

Kieran memakai bajunya semula. Tak jadi nak menyantap hidangan apabila makanannya sudah melarikan diri.

"Aku tak tahu. Kalau betul Black yang culik, tentu isteri kau dah mati lah."

Tak sayang mulut betul Kieran ni.

Dante maju ke arah Kieran seraya mencengkam kolar baju Kieran bersama ekspresi wajah bengis. Nafasnya naik turun menahan sisa baki kesabaran yang masih ada.

"Watch your words."

"Aku tak bergurau. Aku tak pernah jumpa Black secara depan. Kami berurusan menggunakan orang tengah saja. Sepanjang aku kenal dia, Black memang gila." Beritahu Kieran lagi.

Kolar baju Kieran dilepaskan. Tapi itu tak bermakna Dante akan melepaskan dia.

"Aku berani cakap macam ni sebab Black..." Kieran jeda.

"Dia dah bunuh isteri dan anak aku." Keadaan yang tegang tadi bertukar sunyi. Kieran mengeluh kecil lalu mengutip barangnya semula.

"Siapa isteri kau?" Soal Kieran ingin tahu.

Dante meraup wajahnya sebelum menjawab soalan Kieran.

"Faella."

Jelas terkejut wajah Kieran apabila mendengar sebaris nama itu. Lama dia pandang wajah Dante seakan-akan tidak percaya.

"Serious? Kau kahwin dengan perempuan tu?" Soal Kieran inginkan kepastian.

Dante tidak jawab secara lisan, hanya menggunakan renungan dingin sahaja.

THE BRIOC: HIS PRISONWhere stories live. Discover now