BAB 17

634 29 0
                                    

BANG!

Putra menendang pintu gudang itu sekuat hati hingga terbelah dua. Laith dan Xander saling berpandangan sebelum mereka mengikut langkah Putra masuk ke dalam. Ini kerja paling gila sepanjang mereka berada di dalam organisasi itu.

Ceroboh tempat orang tanpa rancangan. Sudah lah mereka berempat saja. Lucas berada di dalam kereta kerana dia bukanlah close combat. Jadi dia akan menolong dari jauh, sama seperti Elman.

Lima orang lelaki yang berada di dalam gudang itu terkejut dan seraya menoleh ke arah pintu. Matteo yang sedang memeriksa bungkusan putih di tangannya terhenti. Bibirnya mengoyak senyuman.

"Well, well, Raja. Akhirnya kau sendiri datang melutut depan aku." Matteo bersuara bangga sambil kaki melangkah ke arah tiga manusia itu.

"Bila masa aku melutut?! Aku datang nak bunuh kau. Berani betul kau sentuh isteri aku!" Putra bersuara lantang.

"Isteri? Sorry, i can't hear you. Isteri apa kalau kena kurung? Kalau kena gari? Kalau jadi pelacur... Eh ops! Terlepas cakap pulak." Ujar Matteo lalu ketawa psikonya.

Laith berbisik sesuatu pada Xander, "Dia lagi gila dari Danish la."

Xander mengangguk, "Betul, tapi aku suka. Dah lama tak makan sate luar negara."

"Anjing lah dia ni. Geli bodoh."

Putra mengepal penumbuk. Dia mara ke arah Matteo lalu mencekak kolar baju Matteo dengan pandangan membunuh. Serentak dengan itu Xander keluarkan pistol dan pedangnya dan hala ke arah dua lelaki di belakang Matteo. Manakala Laith pula angkat M16 rifle.

Bukan kaleng-kaleng pendekar ni.

Sejak bila Xander pandai guna pedang? Dia memang reti guna segala mak nenek senjata, cuma Black Mamba lebih menggunakan senjata api berbanding pedang atau pisau. Siapa lagi yang guna pedang kalau bukan Red Group.

Jadi mestilah Karina yang ajar dia.

"Urusan rumahtangga aku kau tak payah masuk campur! Kau nak bunuh aku kan. Sekarang aku depan mata kau." kata Putra berbaur dendam.

Smirk.

Matteo menendang perut Putra hingga jatuh ke lantai. Dia membetulkan pakaiannya lalu memasukkan tangan dalam poket seluar. Laith dan Xander berdiri di depan Putra. Bersiap sedia jika mereka menyerang.

"Buat apa aku nak bunuh kau? Tak best lah macam tu. Better aku bunuh ayah angkat kau ke, anak-anak buah kau ke, atau... isteri kesayangan kau tu." balas Matteo senada.

"Bangsat! Jangan sentuh isteri aku lagi sial!" tempik Putra.

"Apa-apa ajelah Raja. Chaw!" Matteo berjalan keluar bersama anak-anak buahnya.

Baru saja Putra mahu mengejar langkah mereka, Lucas bersuara dari earpiece mereka.

"Get out now! There's a bomb!"

Xander tarik tangan Putra mengikut langkahnya. Laith sudah berlari ke depan terlebih dulu. Pintu yang pecah tadi disepak Laith. Segera dia membuka pintu kereta untuk Xander dan Putra.

Lucas yang berada di tempat duduk pemandu sudah bersedia. Sebaik sahaja mereka selamat masuk ke dalam perut kereta, pedal minyak ditekan.

Range Rover milik Lucas meluncur laju keluar dari gudang itu dan...

BOOMMMM!!!!

Gudang itu meletup kuat sehingga mereka bertiga tunduk. Lucas masih steady memandu. Dia sudah standby pakai mask di muka bagi menghalang asap dan debu yang berterbangan. Jika mereka lambat sesaat mungkin kereta akan turut terkena tempias.

















THE BRIOC: HIS PRISONWhere stories live. Discover now