Karina membawa semangkuk serawa durian di tangannya dan berjalan menuju ke bilik kerja Xander. Hari ini mereka pulang ke rumah masing-masing selepas Danish menghantar Rose tinggal bersama keluarga Tuan Azmeer untuk sementara waktu.
Pintu diketuk terlebih dulu. Apabila Karina melangkah masuk ke dalam dilihat Xander sedang berdiri di depan mesin fotostat sambil membelek kertas yang keluar dari mesin tersebut.
"Babe?"
"Yes, flower."
Xander menoleh ke sisi lalu tersenyum. Bau makanan yang dibawa oleh Karina menusuk ke hidungnya.
"Hmmm sedapnya bau! Flower masak apa?"
Karina sengih seraya menarik tangan Xander untuk duduk di sofa bersamanya. Tanpa banyak bicara, Xander turuti saja.
"Serawa durian. Abang makan kan?"
Xander mengangguk laju sambil tangan sudah sedia memegang sudu. Satu suapan masuk ke dalam mulutnya.
"Wuish, sedap betul. Mana belajar ni?" Tanya Xander teruja. Berselera dia menjamu serawa itu.
"Hehehe Mak Hamidah ajar. Dia cakap abang suka makan serawa." Jawab Karina dengan gembira.
"Betul. Mak kalau masak, semua power. Sedap nak mampos!"
Xander letak mangkuk yang sudah licin dijamah di atas meja kembali. Air kosong diteguk lalu dia capai tisu dan mengelap mulutnya.
"Ada lagi ke?"
Karina angguk lalu ketawa kecil, "Ada. Saya masak lebih. Tahu abang suka makan."
"Terima kasih. Untung abang dapat isteri pandai masak, cantik, serba boleh, pandai lay..."
Dengan pantas Karina mencubit sisi perut Xander.
"Aduh sakitlah flower. Itu ketam ke apa?" Ujar Xander sambil mengusap-usap tempat berlabuhnya serangan ketam berbisa tadi.
"Haah, made in Korea."
Xander senyum lagi lalu tangan naik mengusap kepala Karina dengan lembut. Dikucup tangan isterinya dengan penuh kasih sayang.
"Terima kasih masakkan. Nanti abang kasi upah ya." Xander senyum seraya mencubit pipi montel isterinya sebelum bangun dan berdiri di depan mesin fotostat semula.
"Oh ya, tadi flower ada pergi rumah abah kan, Cik Rose macam mana?" Tanya Xander sambil matanya membelek helaian demi helaian kertas di tangannya.
"Hmm macam tulah babe. Makan sikit aje, nampak lemah aje keadaan dia. Saya nak tanya banyak pun tak berani." Balas Karina.
Xander toleh, "Ada dia cakap apa-apa pasal Put?"
Karina geleng kepala.
Xander toleh ke depan semula. Dari jauh Karina tahu suaminya sedang memikirkan sesuatu.
"Babe, ada apa-apa yang saya tak tahu ke?"
Xander mengeluh kecil, "Flower tahu kenapa Put kahwin dengan Cik Rose?"
Eh? Apa kena mengena isu kahwin dengan kehilangan Putra pula ni.
Ah sudah.
Fenin Karina dibuatnya.
"Sebab sayanglah kan." Jawab Karina senada.
Xander geleng, "Bukan."
Karina tidak bertanya apa, hanya merenung wajah suami untuk meminta jawapan.
"Cik Rose bukan first love Putra. Tapi orang lain. Putra kenal perempuan tu masa dia jalankan misi di Indonesia. Putra Qadi lelaki yang tak mungkin dan takkan jatuh cinta akhirnya tumbang dengan perempuan tu. Sayang betul Putra dekat dia. Sampai lah satu masa, tiba-tiba perempuan tu hilang tanpa kabar berita. Teruk Putra murung sampaikan dia masuk hospital. Dua tahun jugalah dia macam tu sampai akhirnya dia bertemu kembali tapi rupanya perempuan tu dah berkahwin."
YOU ARE READING
THE BRIOC: HIS PRISON
FanfictionWelcome to 2nd colors series: Midnight 🖤 Raja Putra Qadi Brioc X Amara Christine Rose. Setelah lima tahun berumahtangga, Rose memutuskan jalan perpisahan adalah jalan yang terbaik bagi mereka. Duduk serumah, tidur sebantal tapi hidup mac...