BAB 12

793 34 2
                                    

Putra pandang telefon bimbitnya lama sambil menanti panggilan atau mesej dari isteri tercinta namun hampa. Rambutnya diramas kasar seraya Putra menghentak kepalanya pada meja berulang kali.

"Tuan Raja!"

Lucas berlari mendapatkan Putra yang seperti orang hilang akal. Dahinya sudah merah dan ada cecair merah yang mengalir.

"Bukan macam ni caranya Tuan Raja!" Marah Lucas sambil tangannya memegang kedua bahu Putra.

Putra seperti tidak terurus dengan wajahnya berkumis, mata sembab, bibir merekah dan dirinya yang kusut-masai.

Sudah seminggu Rose menghilangkan diri dan hanya mereka bertiga saja yang tahu. Siang malam dia cuba menghubungi, menjejaki Rose namun masih hampa.

Tiada langsung perkabaran dari Fahd atau pun maklumat dari hasilnya sendiri. Semakin hari, semakin buntu.

Putra angkat kepala, "Tolong trace cctv minggu lepas masa hari kita pergi outstation. Exact location dekat lobi."

"Baiklah."

Lucas bergerak ke meja kerjanya lalu tangannya mula menari-nari atas papan kekunci.

"I need ASAP, Luc." Pinta Putra dalam nada serius.

Dia turut membantu Lucas mencari maklumat mengenai rakaman cctv di mana berlakunya salah faham tentang kejadian dulu.

Putra yakin dan percaya denga naluri dirinya. Pasti lelaki itu tahu di mana keberadaan isterinya.

"Tuan Raja, ini ke?" Lucas tunjuk pada rakaman yang berjaya dia godam.

Seorang lelaki yang sedang berbual dengan isterinya. Walau hatinya sakit melihat kemesraan pasangan itu namun ada hal yang lebih penting.

"Good Luc. Sekarang cari maklumat pasal lelaki ni dan aku nak tahu dia dekat mana sekarang." Arah Putra lagi.

"Bagi saya sedikit masa ya Tuan Raja."

Putra mengangguk, "Tak apa, aku boleh tunggu. Aku mandi kejap."

Tanpa berlengah lagi, Putra keluar dari bilik kerjanya dan menuju ke bilik tidur mereka. Dia perlu membersihkan diri. Rasanya dah dua hari tak mandi kerana dia asyik mencari Rose.

Lucas yang sedang fokus mencari maklumat, bangun dari duduknya kerana dia telah menjumpai sesuatu. Dia perlu memberitahu Putra secepat mungkin.

Baru saja dia mahu bergerak ke pintu, badannya terlanggar meja kecil yang berada di sebelah meja kerja Putra.

Bertaburan kertas-kertas di lantai. Lucas bertinggung lalu mengutip helaian demi helaian. Secara tidak sengaja Lucas terbaca butiran yang berada di dada kertas tersebut.

"What the..."

Matanya terbuntang, lidahnya menjadi kelu. Bergerak-gerak matanya membaca. Otaknya cuba memproses apa yang visual matanya melihat.

"Kenapa..."

"Tuan Raja..."















=========================================

Kereta Jaguar Putra berhenti betul-betul di depan seorang lelaki dan wanita yang sedang berbual sambil keduanya menyandar tubuh pada bonet kereta.

Streeeeeettt!

Putra memberhentikan keretanya lalu pintu dibuka kasar. Fahd yang berada di tempat duduk penumpang turut bergegas keluar.

"Balik sekarang, Rose!" Kata Putra dengan suara yang tertahan.

THE BRIOC: HIS PRISONWhere stories live. Discover now