BAB 63

383 17 3
                                    

Fahd memberhentikan keretanya betul-betul di depan pagar rumah Ahvi. Fahd melihat sekeliling kawasan perumahan yang agak sunyi dan tidak ramai penghuni di situ. Ada la nampak satu keluarga sedang bermain di taman permainan. Itu pun nun jauh di sana.

"Cik Ahvi tinggal dengan siapa?" soal Fahd

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Cik Ahvi tinggal dengan siapa?" soal Fahd.

Mula la dia nak jadi pakcik bawang. Selalu sangat lepak dengan makcik dan pakcik bawang di kedai tomyam. Sampai terikut perangai dia orang.

"Seorang." Jawab Ahvi.

Wtf.

Jawapan Ahvi mengejutkan Fahd yang dari tadi memerhati keadaan sekeliling. Sudah lah sunyi, tak ramai orang tinggal. Rumah kiri kanan pun kosong. Rasanya satu barisan ni hanya dua buah rumah sahaja berpenghuni. Rumah Ahvi dan hujung sana, dekat corner lot.

"Dah berapa lama Cik Ahvi tinggal dekat sini?" soal Fahd lagi. Ish tak puas hati betul.

Ada ke patut awek cantik macam ni tinggal seorang diri.

"Dah dua tahun. Sejak saya study. Kenapa?" Ahvi menyoal kembali. Rimas pula dia bila Fahd asyik bertanya itu ini.

Fahd geleng, "Tak ada apa. Pergilah masuk."

Ahvi mengangguk. Dia mengucapkan terima kasih pada Fahd lalu membuka pintu kereta. Bersama satu senyuman dan lambaian, Ahvi kemudian berjalan masuk ke dalam rumahnya. Apabila kelibat Ahvi sudah tidak kelihatan, Fahd juga bergerak pergi dari situ.

Dalam fikirannya hanya satu.

Ahvi si kupu-kupu malam dan Ahvi pelajar universiti ialah orang yang sama?

Lihat dari gaya percakapan, gerak-geri badan macam bukan. Ahvi, si kupu-kupu malam nampak berkarisma dan dingin. Tapi Ahvi versi pelajar nampak macam pendiam dan lemah-lembut. Tengoklah siap pakai baju kurung.

Ah, tolak tepi dulu.

Ada perkara lain yang lebih penting. Fahd tak mahu Ahvi menjadi mangsa seperti Kalila. Dia tahu mesti akan ada orang-orang Black yang memerhati tindak-tinduknya walau hanya sekali.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
THE BRIOC: HIS PRISONWhere stories live. Discover now