"Abang..."
"Rose rindu abang..."
Frame gambar perkahwinan mereka dipandang sayu sebelum Rose mendakap dengan erat bersama tangisannya. Pagi tadi dia terjaga dek mimpi tentang Putra yang sedang tersenyum indah padanya. Dalam dia tidak sedar, Rose menangis di dalam mimpinya. Celik sahaja mata, dia terus meluru ke laci lalu mengambil gambar mereka.
"Abang... Rose rindu sangat dekat abang. Anak abang rindu abang.." rayu Rose lagi sambil memegang dadanya yang terasa sakit kerana terlalu memikirkan tentang suaminya dan mungkin kerana terlalu banyak menangis.
"Humaira..."
Automatik Rose mendongak apabila terasa bahunya disentuh lembut dari belakang. Wajah yang dia rindui berada di depan mata bersama satu senyuman. Tanpa teragak-agak tubuh suaminya dipeluk erat lalu Rose menghamburkan tangisannya pada dada bidang suaminya.
Putra turut membalas pelukan Rose seraya tangannya mengusap kepala dan mencium ubun-ubun Rose dengan penuh kasih sayang. Bagaikan mimpi namun sepertinya Rose tidak mahu bangkit dari mimpi indah tersebut.
"Shhh... jangan menangis Humaira. Abang kan ada dekat sini." pujuk Putra dengan lembut. Belakang badan Rose diusap lembut seiring dengan sebuah kucupan pada ubun isterinya.
"Rose sihat? Anak papa nakal tak hari ni?" tanya Putra lalu mengemaskan pelukan sambil badannya digerakkan ke kiri dan kanan seperti mendodoi anak kecil tidur.
Masih dalam tangisannya, Rose mengangguk. Kedua tangannya menggenggam erat baju yang dipakai Putra seperti tidak mahu melepaskan lelaki itu pergi lagi.
"Ampunkan salah silap Rose abang. Rose banyak dosa dengan abang. Abang jangan tinggalkan Rose lagi, please! Rose tak kisah dah abang kahwin dengan Rose sebab dendam atau apa. Rose mengaku, Rose sayangkan abang sangat. Jadi..."
"Humaira." suara Putra memanggil nama kekasih hatinya dengan lembut.
Wajah sembab isterinya yang penuh yang air mata dilap dengan jarinya lalu Putra senyum manis. Senyuman yang hanya dia pernah lihat sepanjang bergelar isteri kepada lelaki dingin itu.
Favourite Rose, lesung pipit Putra.
"Abang dah lama maafkan Rose. Isteri cantik abang ni..." kedua tangan Rose ditarik lalu dia mengucup lembut di atas kekura tangan Rose.
"... isteri yang taat pada suami dia yang jahat, kejam. Tolonglah percaya yang abang memang sayangkan Rose ikhlas dari hati cuma abang salah perhintungan. Abang terlalu ikutkan perasaan sampaikan hati Rose terluka." pipi Rose dielus lembut dan sebuah kucupan hangat singgah di kedua pipi dan akhir sekali pada dahi Rose.
"Abang minta maaf sebab tak dapat bersama dengan Rose dan anak kita. Janji dengan abang tolong jaga diri, jaga keluarga kecil kita. Abang sayang Rose dan anak kita."
Putra cium kedua mata Rose dengan penuh kasih sayang sebelum tiba-tiba Rose tersentak dan kembali di dunia nyata. Badannya berpeluh, bergerak-gerak matanya melihat kiri dan kanan. Gambar perkahwinan mereka dipandang sebelum Rose bangun dan mula mengorak langkah besar menuju ke pintu bilik.
"Abang!"
"Abang jangan tinggalkan Rose!" laung Rose dengan nada suara panik sebelum dia merempuh entah siapa di depannya.
Buka saja pintu ada seseorang yang berdiri di depan pintu biliknya, tak sempat nak berhenti Rose rempuh badan sasa lelaki itu bersama air mata yang berjuraian di pipi.
"Abang?!"
Senyap.
Danish menghembus nafas halus lalu tangannya naik mengusap kepala adiknya.
YOU ARE READING
THE BRIOC: HIS PRISON
FanfictionWelcome to 2nd colors series: Midnight 🖤 Raja Putra Qadi Brioc X Amara Christine Rose. Setelah lima tahun berumahtangga, Rose memutuskan jalan perpisahan adalah jalan yang terbaik bagi mereka. Duduk serumah, tidur sebantal tapi hidup mac...