BAB 50

513 38 10
                                    

Setelah beberapa bulan dia melarikan diri dari kurungan Faella dan Matteo, hari ini Putra akhirnya bersua muka dengan Mattteo semula. Lucas yang berada di sebelah Putra hanya memerhati dua orang ketua itu.

Matteo menghembus asap rokok di udara. Dia sendiri tidak sangka yang Putra berani mahu bertemu dengannya. Dirinya hampir menjadi mayat gara-gara lelaki tinggi lampai itu melarikan diri disebabkan kecuaian Faella.

Bukan itu sahaja, Faella juga turut hilang entah ke mana. Mereka langsung tidak boleh menjejakinya.

"Kau ni memang tak sayang nyawa." Matteo memulakan perbualan lalu mencampakkan puntung rokok yang masih menyala ke tanah. Kakinya pula pijak hingga api terpadam.

"Aku bukan pengecut macam kau. Main culik-culik. Sekarang ni aku depan mata kau, nak culik lagi sekali ke?" kata-kata Putra berbaur sindiran bersama senyuman jahatnya.

Matteo ketawa mengejek, dia sudah kebal dengan sindiran musuh ketatnya. Apa yang berada di dalam fikirannya sekarang ialah mahu menamatkan riwayat seorang Putra Qadi. Jika dia tidak berjaya nyawa dirinya bakal menjadi ganti.

"Aku tahu kau kerja atas arahan seseorang Matteo. Tak payah nak berlagak dengan aku." ujar Putra lagi. Tangannya disilang ke dada.

Ketawa Matteo terhenti bersama riak wajah dinginnya. Putra memang cekap. Dia tahu segalanya meskipun identiti orang atasan Matteo dia masih belum ketahui siapa namun lihat sajalah caranya... licik!

"Dan aku boleh bunuh isteri dan anak kau bila-bila masa sahaja Raja Brioc."

Giliran Putra pula ketawa. Kali ini bukan ketawa mengejek malah ketawa seperti dia baru sahaja menang loteri.

"Kau ingat aku kisah?"

Matteo terkedu. Manusia yang berada di dalam ruangan itu terdiam termasuk Lucas. Sungguh dia tidak sangka Putra berani berkata begitu. Lucas masih memandang ke arah Putra. Dia tidak tahu sama ada Putra sengaja mahu memprovok atau dia benar-benar maksudkannya.

"Silakan, Leonardo Matteo." ujar Putra bersama tangannya dihulur ke depan.

Matteo mengepal penumbuknya. Putra kali ini sangat berbeza. Jika dulu nama Amara Rose sahaja boleh membuatkan dia gentar tapi kali ini, dia seperti langsung tidak kisah.

"Aku kesian dengan Amara sebab sayangkan manusia tak ada hati perut macam kau. Anak kau? Huh, percayalah dia takkan mengaku kau sebagai bapa kalau begini diri kau."

Matteo mengeluarkan pistol dari belakang seluarnya lalu bersiap sedia untuk melepaskan tembakan. Lucas juga turut mengeluarkan senjatanya. Putra masih berdiri di tempatnya tanpa berbuat apa-apa.

"Aku penat nak ulang banyak kali. Aku.tak.kisah."

Serentak dengan itu tiba-tiba bunyi letupan kuat dari arah luar menyentakkan Matteo dan ahli kumpulannya. Putra masih dengan gaya santainya, manakala Lucas pula membuka payung seraya diangkat di tepi Putra agar serpihan kaca, kayu atau habuk tidak terkena pada Putra.

"Bangsat!" pekik Matteo bila kereta mereka sudah hangus terbakar dijilat api.

Di sangka mereka sudah cukup kuat untuk melawan Putra ternyata mereka salah. Putra sudah one step ahead dari mereka.

Amaran pertama.

Geram punya pasal, Matteo bangun menghalakan pistol ke arah Putra. Tembakan dilepaskan namun usaha Matteo gagal bila tembakannya ditepis dengan mudah oleh Lucas. Putra senyum sinis.

Wajah beku Lucas membuatkan pihak musuh merasa gentar. Di tambah pula bila Lucas mara ke arah mereka bersama sepucuk pistol di tangannya. Serentak dengan itu, Matteo mengelak serangan Lucas lalu dia berlari menuju ke arah Putra.

THE BRIOC: HIS PRISONWhere stories live. Discover now