BAB 60

451 20 5
                                    

Danish melangkah masuk ke dalam bangunan bersama seorang anak kecil di dalam dukungannya. Staf yang melihat bos besar tiba bersama wajah beku serta bayi perempuan yang comel berbisik sesama sendiri. Danial turut bersama mereka.

Sejak bila bos kahwin?

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sejak bila bos kahwin?

Setahu mereka Bos Danish baru bertunang. Rasanya anak-anak Puan Aara dah besar.

Danial dan Danish masuk ke dalam lif bersama. Danish masih sibuk bersama telefonnya manakala Danial pula hanya memandang ke arah staf dengan pandangan kosong sambil buat muka garang.

Jarang-jarang ya Danial tak senyum selalunya muka dia ceria saja. Hari ni semua moody. Mula-mula tadi Dante dengan aura gelapnya. Semua kecut perut tak berani nak tegur.

Ada kala Dante bertegur sapa juga dengan staf di situ lagi-lagi jika orang yang sudah berusia. Sukalah dia borak dengan makcik cleaner la, guard valet parking la.

Kemudian pagi ini, nampak Danish dan Danial dengan muka beku. Danish memang dah biasa tengok muka dingin tapi Danial tu. Allah.

Apa dah jadi?

Lain macam ya.

Vibe semua macam grim reaper.

Tiba sahaja di koridor yang menempatkan pejabatnya, mereka mengorak langkah masuk ke dalam bilik lalu Danial mengunci pintu. Danish letakkan Tatiana di dalam bilik rehatnya seraya melangkah ke meja kerjanya.

"Ada apa-apa berita?" soal Danish pada Danial yang juga sedang memeriksa sesuatu di ipadnya.

Bersama gajet canggih ditangannya, Danial mara ke arah bosnya lalu gajet itu dihulur. Tanpa banyak bicara, Danish sambut dan melihat paparan yang menunjukkan rakaman di dalam mall.

Makin membara hatinya apabila lihat tunang kesayangan diseret oleh dua orang lelaki yang berpakaian hitam secara paksa. Dia nampak Kalila cuba melawan namun satu tamparan hinggap di pipi mulus gadis itu membuatkan dia terus pengsan.

Meja kerjanya dihentak kuat. Berani betul mereka menampar pipi tunangnya. Dia sendiri tidak pernah berlaku kasar malah menyentuh Kalila. Semua itu terjadi apabila ada staf kedai yang turut bersengkongkol dengan penculik.

"Cari perempuan dalam tu."arah Danish seraya ipad bertukar tangan.

Danial mengangguk faham, "Apa master nak saya buat dengan dia?" soal Danial.

Danish mengepal penumbuk bersama rasa marah yang semakin membuak-buak. Bodyguard yang diupah untuk menjaga Kalila semua dibunuh oleh penculik itu, jadi kerana itu memudahkan mereka untuk menculik gadis kecil molek tersebut.

"No mercy." kata Danish tanpa menoleh ke belakang. Sepasang mata helang miliknya memandang ke luar tingkap semula.

"Da, master."

THE BRIOC: HIS PRISONWhere stories live. Discover now