Selang beberapa puluh tahun kemudian...
(Chapter 69 & 70) Ialah chapter sambungan dari ending kisah RED. Siapa yang tak tahu, kena pergi RED nak baca.
Azrael pandang wajah si ibu kesayangannya dengan pandangan bekunya. Aara memeluk tubuh seraya merenung wajah kacak anak keduanya.
"Bella... i can explain."
Aara angkat tangannya di depan muka Azrael menandakan dia tidak mahu mendengar alasan. Azrael mati kata. Kalau dah ibunya sendiri tidak mahu mendengar apa yang dia mahu katakan, apa boleh buat. Ikut sajalah.
"Bella dah pesan sebelum ini kan jaga tingkah laku. Kenapa nak kena bergaduh juga? " tegur Aara dalam nada lembut sambil membetulkan pakaian anaknya yang sudah sedikit kotor.
Maklumlah baru lepas gaduh tadi.
"Bella, you know i hate fighting."
"I know honey. Sudah lah, jom kita makan." Pujuk Aara sambil mengusap belakang badan anaknya.
Azrael mengeluh lalu menggeleng kepalanya. Sepasang mata biru itu memandang ke arah mereka yang sedang bergurau senda sambil menjamu selera. Semua keluarga ada di situ kecuali Laith dan Rhea. Itu dikecualikan kerana special case.
"Angah, walaupun dah beribu kali bella pesan tapi tetap bella nak ingatkan supaya jangan rapat sangat dengan Tati." Tegur Aara sambil mereka berjalan beriringan ke pondok.
Azrael memang keras kepala orangnya tapi kalau dipujuk dengan cara yang betul, kepala dan hati batunya pasti lebur juga.
"Dah, pergi makan. Bella nak masuk ambil pinggan lagi." kata Aara lalu tersenyum. Sempat dia mengucup pipi Azrael sebagai tanda kasih sayangnya pada anak keduanya.
Azrael berjalan ke arah mereka dengan tangan dimasukkan ke dalam poket seluar. Kelihatan Dante sedang meletakkan daging di atas bbq drum gril bersama Fahd. Asap tebal dikipas oleh Fahd seraya dia menambahkan lagi arang agar api tidak terpadam.
"Son."
Azrael menghulurkan tangannya lalu menyalam tangan Dante kemudian dia salam tangan Fahd pula. Meskipun sudah berusia ternyata mereka semua masih kelihatan kacak bergaya.
"Angah dari mana?" soal Fahd lalu dia hulur bekas yang berisi makanan seafood pada Dante.
"Dari kolej walid. Mana ummi?" tanya Azrael.
Fahd menjuih mulutnya ke satu arah di mana isteri tercinta berada. Azrael mengangguk kemudian dia bergerak ke sekumpulan manusia yang rancak berborak.
Azrael menyalam tangan Daiyan dengan penuh hormat kemudian tiba giliran tangan Danish pula. Aaron yang sedang menjamu selera memandang adik dan pakciknya. Ada satu aura aneh antara mereka berdua.
"Dari mana?" soal Danish dingin.
"Kolej." Jawab Azrael. Kemudian dia beralih pada isteri ayahnya pula iaitu Faella Devika. Bini hot Dante lah gais.
YOU ARE READING
THE BRIOC: HIS PRISON
FanficWelcome to 2nd colors series: Midnight 🖤 Raja Putra Qadi Brioc X Amara Christine Rose. Setelah lima tahun berumahtangga, Rose memutuskan jalan perpisahan adalah jalan yang terbaik bagi mereka. Duduk serumah, tidur sebantal tapi hidup mac...