Xander memimpin tangan isterinya, Karina menuju ke kereta mereka. Dari jauh Xander lihat Fahd dan Elman sudah pun berada di sana sambil berbual. Santai benar gaya dua lelaki kacak itu sambil badan mereka sandar pada lelaki.
"Abang, saya nak beli air kejap boleh?" tanya Karina pada suaminya.
Tiba-tiba dahaga kopi pula bila lalu di hadapan kedai kopi comel itu. Ibu mengandung ni memang macam-macam benda nak makan. Dekat luar negara tu hari-hari Xander bawa Karina keluar kerana Karina asyik merengek nak makan itu dan ini.
"Jangan beli kopi, beli air perisa lain tak apa."
Karina mengangguk. Xander mengusap kepala Karina lalu melabuhkan ciuman pada dahi isterinya. Makin lama lelaki yang dia kenali sebelum ini seorang yang suka bergurau dan hidup dikelilingi dengan ramai wanita kini sudah berubah menjadi seorang lelaki yang bertanggungjawab dan prihatin akan dirinya.
Dengan hati yang girang, Karina berjalan menuju ke kedai tersebut. Xander pula geleng kepala melihat telatah comel isterinya. Macam teddy bear bergerak aje gayanya.
Xander pula mengheret bagasinya menuju ke arah Fahd dan Elman. Setibanya dia, dua lelaki itu terus berjabat salam bro-bro dan saling bertukar pelukan.
"Mat saleh dah balik, amacam Itali?" tanya Fahd pada Xander selepas lelaki itu memasukkan bagasi mereka di dalam bonet kereta.
"Acik kau mat saleh. Aku pergi sebab kerjalah!" Kata Xander seraya menumbuk bahu Fahd sekadar bergurau.
"Eh mana Karina?" Elman menyoal sekian lama mereka di situ.
"Oh dia pergi beli air."
Fahd yang sedang menyandar terus tegakkan badannya. Gayanya seperti mahu berkata sesuatu pada Xander. Dari wajah cerita tadi berubah serius semacam.
"Kau... dengar cerita?"
Bukan Fahd saja, malah suasana ketika itu juga berubah. Gelak tawa Xander terhenti serta-merta bila Fahd mengajukan soalan itu padanya.
"Ya. Kenapa Matteo tiba-tiba menyerang Dante?" Xander toleh kiri dan kanan sebelum berkata.
Risau jika Karina berada di belakangnya. Bukannya dia mahu berahsia tapi biarlah fikiran Karina tidak bercelaru. Lagipun Xander risau kandungan isterinya.
"Aku dapat info ni pun dari Laith. Dengar kata ada orang upah Matteo untuk hancurkan keluarga Sir Damien."
Xander berkerut dahi, "Kenapa perlu sampai upah? Pergi jelah bunuh."
"Kalau semudah ABC nak buat, kau rasa kenapa Sir Damien hidup lagi walaupun dah kena tembak dulu masa perang?" Fahd menjawab soalan Xander.
"Sir Damien bukan lawan dia. Dengan Put pun dia kalah." Elman menambah.
Jika difikirkan memang betul pun. Matteo ni bukan lemah tapi dia lebih suka menyeksa dari terus membunuh. Orang seperti Danish, Putra dan Dante memang jenis tak cakap banyak. Dia hentak kau dekat situ juga.
"Then dia orang kat mana sekarang ni?" Xander bertanya lagi. Sejak pergi Itali, banyak benda dia terlepas.
Elman dan Fahd berpandangan sebelum kedua mata mereka tertumpu pada Xander semula.
"Russia." Jawab Elman dan Fahd serentak.
"Apa?!"
Fahd segera menekup mulut Xander bila dia nampak kelibat Karina sedang berjalan menuju ke arah mereka. Di tangannya dia bawa cup holder yang mengandungi empat cawan air yang dibelinya.
"Hai!" Karina sapa dengan senyuman manisnya.
"Helloooo mommy-to-be!" Fahd membalas juga bersama senyuman lebar hingga menampakkan giginya yang tersusun cantik.
YOU ARE READING
THE BRIOC: HIS PRISON
FanfictionWelcome to 2nd colors series: Midnight 🖤 Raja Putra Qadi Brioc X Amara Christine Rose. Setelah lima tahun berumahtangga, Rose memutuskan jalan perpisahan adalah jalan yang terbaik bagi mereka. Duduk serumah, tidur sebantal tapi hidup mac...