BAB 42

434 22 2
                                    

Ini adalah kali terakhir Fahd cuba memasukkan kata laluan pada pintu bawah tanah itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Ini adalah kali terakhir Fahd cuba memasukkan kata laluan pada pintu bawah tanah itu. Santai di belakangnya Dante sambil menghisap rokok.

Asap rokok dihembus ke udara. Jam ditangannya dikerling. Sudah lima belas minit mereka masih cuba membuka pintu itu.

Bunyi tembakan pun sudah tidak kedengaran lagi. Dante campak puntung rokok di tanah lalu memijaknya. Dia kembali berdiri di belakang Fahd.

"Nice baby!"

Fahd bersuara gembira bila usahanya berhasil. Pintu yang berkunci tadi kini sudah terbuka. Dia tidak bawa alat yang tepat untuk mencari kata laluan pintu tersebut. Jadi terpaksa la guna cara manual.

"Dah?" Tanya Dante.

Fahd angguk. "Sorry lambat, aku...."

Gedegang!

Dengan sekali tendang, pintu besi itu terbuka luas menampakkan ruangan di dalamnya. Terkedu Fahd sampai tak boleh bergerak.

"Kan senang kalau kau tendang aje dari tadi!" Bebel Fahd.

Dante hanya beriak kosong. Bahu Fahd ditepuk sebelum dia berjalan masuk ke dalam. Ruangan bawah tanah itu kosong saja namun terdapat banyak pintu.

Keadaan kurungan bawah itu juga tidak terurus

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Keadaan kurungan bawah itu juga tidak terurus. Satu persatu pintu Dante tendang hingga hampir roboh. Fahd geleng kepala.

Baran betul lelaki ni.

Tak menyabor!

Pintu terakhir ditendang oleh Dante. Sebaik sahaja pintu terbuka, matanya mereka berdua terarah pada seorang lelaki yang berada di atas kerusi dalam keadaan lemah.

Bukan itu sahaja, wajahnya lebam dan terdapat banyak luka di serata tubuhnya yang tidak berbaju. Kedua tangan diikat di belakang kerusi. Manakala kakinya digari dengan rantai besi yang tertanam pada dinding.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
THE BRIOC: HIS PRISONWhere stories live. Discover now