ACHTUNG
Andai terdapat babak, dialog, ayat atau perkataan kurang sopan, lucah, kesat atau terlampau di bawah ini, harap pembaca berfikiran terbuka. Itu semua perlu untuk menghidupkan karya aku. Namun semuanya aku persembahkan secara terkawal & tak keterlaluan. Harap maaf andai ia mengganggu minda sesetengah pembaca yang berbudi pekerti tinggi lagi mulia akhlaknya serta yang mementingkan adab sopan dalam berkarya
•••♦◄♥►♦•••
Pergh, siap gak chapter 46, sambungan 'Empati' yang tamat secara mengejut kira-kira empat tahun yang lalu. Buat permulaan, chapter ni tak panjang mana pun, cukup sekadar untuk melepas rindu korang & memberi jawapan kepada banyak pertanyaan serta persoalan para reader sebelum ini. Harap korang puas hati & rasa lega dengan kemunculan chapter ni, ekk?
Selamat membace. Semoga korang bergumbira selalu!
•••♦◄♥►♦•••
"Nape papa nangis? Kubur siapa ni, pa?" tanya anakku penuh naif.
Cepat-cepat aku mengesat air mata.
"Ini kubur adik lelaki papa yang amat papa sayang. Nama Faiz papa ambik sempena nama adik papa ini le. Perangai dan rupanya hampir sama ngan diri Faiz sendiri. Papa sayang sesangat kat dia. Tapi papa bodoh sebab pegi tinggalkan kampung ni melarikan diri dari kenyataan pada hari kematian dia. Papa tak dapat menatap wajah dia untuk kali terakhir. Dan sekarang, papa rasa menyesal sesangat," jawabku.
"Kalau dia masih hidup, dah tentu Faiz akan ade pakcik yang bernama sama ngan Faiz, kan?" balas anakku.
Aku mengusap-ngusap rambut serabainya. Wajahnya sayu, mungkin hiba mengenang akan kisah aku dan pakciknya itu.
"Sebenarnya, dia bukan je pakcik Faiz. Tapi abang tiri Faiz sekali gus. Dah lama papa nak cakapkan pasal ni."
Mendengar itu, anakku mengerutkan wajah. Mungkin dia sedang berfikir akan logik kenyataan aku itu.
Selepas membersihkan semak samun liar di pusara Faiz serta sedekahkan bacaan ayat-ayat suci, aku pun melangkah longlai untuk pulang.
Aku menanam ikrar dan azam akan menziarahinya saban tahun.
Bersemadilah kau dengan aman, adikku.
Abang akan sering ke sini.
Mengimbau kenangan silam kita.
YOU ARE READING
• e𝓂pati •
Teen FictionDari blog ke Wattpad. Kisah suka duka seorang anak muda di perantauan yang berkelana mengubat hati yang rawan. Namun apa yang ditemuinya di daerah asing itu lebih menambahkan lagi masalah & gundah-gulana. Kemunculan seorang budak lasak lagi selamba...