Chapter 44 - Selamat Tinggal Semua

941 26 89
                                    

ACHTUNG

" Andai terdapat babak, dialog, ayat atau perkataan kurang sopan, lucah, kesat atau terlampau di bawah ini, harap pembaca berfikiran terbuka. Itu semua perlu untuk menghidupkan karya aku. Namun semuanya aku persembahkan secara terkawal & tak keterlaluan. Harap maaf andai ia mengganggu minda sesetengah pembaca yang berbudi pekerti tinggi lagi mulia akhlaknya serta yang mementingkan adab sopan dalam berkarya "

•••♦◄♥►♦•••

• • Sepatutnya, kali ni giliran 'Bebudak Bukit' untuk diupdate. Tapi aku nak percepatkan sambungan citer 'Empati' ni. Kenapa? Jawapannya akan dapat korang ketahui di 'Empati' chapter  45 yang akan aku publish  esok, kalau tak ade aral melintang. Saspens, kan?😑

•••♦◄♥►♦•••

Dalam perjalanan balik, aku singgah rumah Pak Daud, tuan punya rumah tempat aku menyewa. Aku terangkan pada dia yang aku dah berhenti kerja dan akan meninggalkan kampung ini dalam masa terdekat. 

Tapi, segala barangan dalam rumah tu aku terpaksa tinggalkan buat sementara waktu. Aku berhajat nak tinggalkan dulu semua itu hingga ada kesempatan, akan aku datang ambik dengan kenderaan yang lebih besar.

"Saya nak sewa rumah tu tiga bulan lagi dan akan bayar sewanya sekali gus sekarang ni. Walaupun saya tak ade, tapi saya dah pesan kat Arash untuk tengok-tengokkan rumah  dan barangan di dalamnya. Pakcik jangan terkejut plak kalau dia datang jenguk dan bersihkan kawasan rumah tu nanti, ye?"

Aku berpesan pada orang tua lebih separuh abad itu.

"Ish, dah kalau Hizuan tak dok di rumah tu, tak payah le bayar penuh, bayar separuh je. Lagipun, mana ade orang nak sewa rumah bujang tu time  ni? Hizuan boleh tinggalkan barang seberapa lama yang Hizuan nak. Pakcik tak kisah.

"Abang Husin kau pun dah nak pindah jugak. Hmm, tak tau le kalau ade orang yang nak menyewa rumah kelamin tu? Kampung ni bukannya ade kemudahan yang lengkap sangat. Bebudak yang keje kilang tu, semuanya suka menyewa di pekan atau di bandar.

"Terus terang pakcik nak bagitau, sejak Hizuan datang tinggal kat sini, jarang sangat pakcik dengar kes pecah rumah atau curi motor macam dulu tu. Si Faiz, Hakim, Arash dan Anip tu pun pakcik nampak dah tak buas. Kalau dulu, buah mangga pakcik sering je jadi mangsa dia orang berempat.

"Haru biru kampung ni dengan gelagat nakal dia orang tu. Yelah, kan, bebudak lelaki yang lasak dan tengah nak naik, tentu banyak ragam dan karenahnya? Mungkin bila Hizuan dah tak ade nanti, akan menjadi balik perangai dia orang berempat tu."

Panjang lebar Pak Daud meluahkan rasa hatinya. Aku tersenyum mendengar akan ragam dan gelagat 'Faiz and the Gang'  suatu ketika dulu. Iaitu sebelum aku berhijrah ke sini.

"Pakcik jangan bimbang. Saya rasa, dia orang berempat tu dah berubah. Takkan buat lagi perangai lama tu, InsyaAllah."

Kami bersalaman dan saling mengucapkan selamat tinggal.

•••♦◄♥►♦•••

Malamnya, aku hanya mengelamun sesambil menunggu kedatangan Arash yang siang tadi berjanji untuk bermalam dia sini.

Dua beg besar mengandungi segala barangan penting serta pakaian aku letakkan di tepi pintu. Aku dah nekad untuk pergi meninggalkan kampung ini esok. Mungkin tengah hari atau awal petang.

Pertemuan dengan Faiz tadi menyedarkan aku yang aku tak harus berlama di sini. Nanti, akan aku maklumkan keputusan aku itu kepada si Arash.

Dan, sebentar tadi, aku call  Hakim dan Khairul, aku pesan jangan datang ke rumahku malam ini sebab aku agak sibuk dan nak bersendirian.

• e𝓂pati •Where stories live. Discover now