Chapter 3 - Malam Hujan Lebat, Guruh & Kilat Saling Bersahutan

1.3K 31 40
                                    

ACHTUNG

"Andai terdapat babak, dialog, ayat atau perkataan kurang sopan, lucah, kesat atau terlampau di bawah ini, harap pembaca berfikiran terbuka. Itu semua perlu untuk menghidupkan karya aku. Namun semuanya aku persembahkan secara terkawal & tak keterlaluan. Harap maaf andai ia mengganggu minda sesetengah pembaca yang berbudi pekerti tinggi lagi mulia akhlaknya serta yang mementingkan adab sopan dalam berkarya"

•••♦◄♥►♦•••

MASA KINI

Malam itu hujan lebat. Kilat dan guruh sabung-menyabung. Aku sedang asyik layan TV di rumah sewaku di sebuah kampung yang indah permai bernama Kampung Sungai Batu Condong.

Hanya aku seorang saja yang menyewa rumah ini. Ala, rumah sewa kampung satu bilik, kecil je. Tapi ia bukan rumah sewa berkembar. Rumah ini ala-ala banglo yang terpisah daripada rumah-rumah lain. Sunyi juga, sementelah aku duduk seorang diri.

Kekadang, cuak juga bila tiba malam, apatah lagi bila hujan lebat sebegini. Tapi nak buat macam mana, kan? Terpaksalah aku terima, walau apa pun dugaan yang bakal menantiku di daerah asing ini.

Sedang aku asyik melayan program masakan 'Barefoot Contessa ' di Food Network Channel, tetiba ada bunyi ketukan di pintu. Walaupun hujan amat lebat namun aku dapat juga mendengar ketukan itu.

Seriau juga aku dibuatnya. Siapa yang ketuk pintu malam-malam buta ni? Sejak aku menyewa dua puluh lapan hari yang lalu, belum pernah pun ada sesiapa yang menjengah aku. Baik jiran mahupun kawan-kawan sepejabat. Jiran yang mengenaliku hanya Pak Daud serta isterinya yang juga tuan rumahku. 

Ada tiga lagi rumah yang berdekatan dengan rumah sewaku ini, iaitu rumah Abang Joe, pemandu lori. Abang Husin, dia ni kerja kilang dan Kak Bairah si janda beranak satu yang tak pernah aku tegur. Maklumlah, dia janda, nanti tak pasal-pasal timbul fitnah pulak.

Antara jiran-jiran aku tu, rumah Kak Bairah yang paling jauh. Lebih kurang tiga ratus lima puluh meter jaraknya daripada rumah sewaku. Aku baru saja berkhidmat di daerah sepi ini. Kerja dengan swasta secara kontrak, nun di pekan sana.

Bandar terdekat hanya Kuala Pangsa, iaitu empat puluh tiga kilometer jaraknya dari Kampung Sungai Batu Condong ini. Macam mana kampung ini dapat nama tu, nanti aku ceritakan kat korang, ye?

Oh ya, berbalik pada ketukan di pintu tadi. Aku pun memberanikan diri membuka sedikit daun pintu. 

Gedebam.. bam..  

Berdentum bunyi pintu ditolak dengan kasar oleh sesusuk tubuh, taklah besar pun tubuh itu.

"Oh, mak kau."

Aku melatah macam Makcik FM yang kerja di kantin pejabat aku. Sebenarnya aku lelaki sejati, sasa dan macho  tapi kalau terkejut, dengan super  spontannya aku akan melatah.

Dah tak boleh nak buang habit  ini. Kekadang tu, rasa malu pulak bila aku yang gini smart  dan hensem, tetiba melatah depan orang ramai. Apa nak buat? Terima je lah.

Tak semena-mena, muncul seorang budak lelaki yang rasa-rasanya macam aku kenal. Dia ni kalau tak silap, anak Kak Bairah jiran jauh aku tu.

"Adik ni Faiz, kan?" tanyaku kepada budak itu yang kini sedang menggigil kesejukan.

Aku tau nama dia sebab satu hari, aku terdengar mak dia, Kak Bairah berleter sambil menyebut namanya. 

Dia mengangguk dan terus menutup kembali pintu. 

• e𝓂pati •Where stories live. Discover now