ACHTUNG
" Andai terdapat babak, dialog, ayat atau perkataan kurang sopan, lucah, kesat atau terlampau di bawah ini, harap pembaca berfikiran terbuka. Itu semua perlu untuk menghidupkan karya aku. Namun semuanya aku persembahkan secara terkawal & tak keterlaluan. Harap maaf andai ia mengganggu minda sesetengah pembaca yang berbudi pekerti tinggi lagi mulia akhlaknya serta yang mementingkan adab sopan dalam berkarya "
•••♦◄♥►♦•••
Sedang aku asyik menghadap komputer, membuat kerja di opis, tetiba aku dapat call daripada Kak Bairah.
Hmm, apa yang emak Faiz ni nak? Tak pernah-pernah pulak dia call aku kat opis sebelum ini. Saspens jugak aku bila dengar suara dia macam cemas dan bermasalah je.
"Hizuan. Akak harap Hizuan dapat bersabar dan jangan terkejut pada ape yang nak akak bagitau ni, ye?"
Suara Kak Bairah tersekat-sekat seakan menahan tangis.
Aduh, aku jadi tak keruan dek ungkapannya tu. Apa yang dah berlaku sampaikan dia bernada sedemikian?
"Hizuan, ini tentang Faiz."
Lambat-lambat dia menuturkan.
"Faiz? Nape plak ngan Faiz? Cakap arr, akak."
Aku semakin cemas.
"Faiz.. Faiz.. dia.. dia dah tak ade. Masa nak pergi ke perlawanan bola tadi, van sekolah yang bawak pasukan dia orang terlibat dalam kemalangan. Faiz dengan sorang kawan dia dah.."
Belum sempat Kak Bairah menghabiskan ayatnya, aku menjauhkan handphone ku dari telinga. Tak sanggup aku nak mendengar dia melengkapkan ayat selanjutnya.
Dengan perasaan remuk-redam bercampur rasa terkilan yang teramat sangat, aku menghempaskan handphone ku kuat ke lantai.
Aku terduduk, tersandar ke dinding.
Fikiranku entah ke mana. Melayang-layang penuh kekesalan dan kesedihan. Dadaku sebak, tak mampu untuk aku bernafas secara normal.
Tetiba, kesayuan menerpa membadai fikiranku. Tanpa kusedari air mata mengalir laju di pipi.
Duniaku terasa kosong. Gelap dan sunyi. Tiada apa yang kedengaran. Hanya kesunyian yang kurasa kala ini.
Lama aku hanya mampu termangu sayu membiarkan alam sekelilingku berputar tanpa aku mempedulikannya. Teramat sedih kurasakan dan tak pernah kubayangkan akan musibah yang terjadi ini.
Masih terngiang-ngiang di telingaku kata-kata Faiz tempoh hari. Kata-kata yang dilafazkan olehnya itu membuatkan aku seram dan tertanya-tanya.
Waktu itu, dia dalam kemarahan yang menggila, melarang aku datang mencari dia kalau dia mati sekalipun. Apakah kini kata-kata Faiz itu menjadi kenyataan? Adakah dia tahu yang dia akan pergi lalu mengucapkan kata-kata menakutkan itu?
Aku kesal kerana kebelakangan ini tidak mempedulikan dia yang teramat mengharapkan aku datang memujuknya. Aku kesal kerana membiarkan dia bersendirian mengharungi hari-hari sukarnya.
Namun, segala kesalan itu dah tak berguna. Kini dia dah pergi buat selama-lamanya. Sesatunya adik kesayanganku dah tiada di dunia ini.
Maafkan abang yang tidak memahami dirimu.
Maafkan abang yang dah banyak berdosa terhadapmu.
Maafkan abang yang tergamak mengecewakan harapanmu.
YOU ARE READING
• e𝓂pati •
Ficção AdolescenteDari blog ke Wattpad. Kisah suka duka seorang anak muda di perantauan yang berkelana mengubat hati yang rawan. Namun apa yang ditemuinya di daerah asing itu lebih menambahkan lagi masalah & gundah-gulana. Kemunculan seorang budak lasak lagi selamba...