ACHTUNG
Andai terdapat babak, dialog, ayat atau perkataan kurang sopan, lucah, kesat atau terlampau di bawah ini, harap pembaca berfikiran terbuka. Itu semua perlu untuk menghidupkan karya aku. Namun semuanya aku persembahkan secara terkawal & tak keterlaluan. Harap maaf andai ia mengganggu minda sesetengah pembaca yang berbudi pekerti tinggi lagi mulia akhlaknya serta yang mementingkan adab sopan dalam berkarya
•••♦◄♥►♦•••
DUA TAHUN YANG LALU
"Mana Arash?" tanya Anip bila saja dia nampak Faiz yang sedang menguncikan basikal buruknya di garaj sekolah.
"Dia orang dah naik ke kelas sebab nak bereskan homework yang belum selesai lagi. Tadi dia cakap, dia tau kat mana kita boleh dapat motor cam yang Aiman nak tu," jawab Faiz.
"Kat mana?"
"Kau tau tak? Pak Jais yang berbini dua tu selalu je parking motor dia kat rumah kosong hujung kuala time dia turun ke laut. Dia baru je tukar motor baru. Dia kunci biasa je dan simpan kat dalam rumah tu tak nak orang nampak.
"Tapi Arash terrer, dia riki sampai dapat. Nanti aku ngan Hakim nak contact Aiman bagitau pasal tu. Tentu lebat gak kita dapat kalau Aiman dapat kebas motor Pak Jais tu, motor baru, kan?" jawab Faiz penuh teruja.
"Kali ni Aiman nak kita tolong dia ke?" tanya Anip lagi.
"Tak tau arr plak. Mungkin dia nak buat ngan geng rempit dia tu kot, tak nak kita ikut sama," telah Faiz.
•••♦◄♥►♦•••
Petangnya, lepas sekolah Faiz, Arash dan Anip berjumpa Aiman di port biasa sambil melaporkan apa yang mereka dapat untuk tindakan Aiman selanjutnya.
"Satu je? Korang ni tak buat keje ke tapi nak upah je lebih. Kalau cam tu, hari Ahad nanti korang kena riki lagi. Buat keje over time sampai korang dapat sekurang-kurangnya dua lagi motor, okey?" pesan Aiman bernada tegas.
Bebudak bertiga itu umpama orang bodoh, mengangguk. Walaupun dalam hati terfikir, di mana lagi mereka nak cari dua motosikal seperti yang diminta Aiman?
•••♦◄♥►♦•••
"Ahad nanti, lepas lawan bola kita round arr kat Kampung Sungai Tersedak kot-kot ade motor yang boleh kita mark," cadang Anip.
Dia, Faiz, Arash dan Hakim duduk melepak di bus stop berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Batu Condong selepas menunggu Hakim balik sekolah tadi.
Kekawannya bersetuju dengan idea Anip.
Anip ini bertubuh kecil saja. Lebih rendah sedikit daripada Faiz. Dia agak pemalu tapi dengan orang yang dia tak kenal. Kalau dengan orang yang dah biasa dengannya dia akan mesra dan becok saja mulutnya kalau berborak.
Dalam pelajaran, Anip taklah pandai sangat, satu kategori dengan Faiz, Hakim dan Arash juga. Mungkin kerana tak ada sesiapa yang dapat membimbing bebudak ini maka terabailah akademik mereka.
Ditambah dengan emak bapa yang tak nak ambil kisah akan hal pelajaran anak-anak, maka jadilah bebudak ini umpama sabut di tengah laut. Terumbang-ambing ke sana ke sini, tanpa arah tujuan.
Sampai bila hal ini akan berlanjutan? Tak adakah seorang penyelamat yang akan muncul bak 'malaikat' memberi bimbingan dan motivasi kepada bebudak ini? Hanya masa yang akan menentukannya.
YOU ARE READING
• e𝓂pati •
Teen FictionDari blog ke Wattpad. Kisah suka duka seorang anak muda di perantauan yang berkelana mengubat hati yang rawan. Namun apa yang ditemuinya di daerah asing itu lebih menambahkan lagi masalah & gundah-gulana. Kemunculan seorang budak lasak lagi selamba...