ACHTUNG
"Andai terdapat babak, dialog, ayat atau perkataan kurang sopan, lucah, kesat atau terlampau di bawah ini, harap pembaca berfikiran terbuka. Itu semua perlu untuk menghidupkan karya aku. Namun semuanya aku persembahkan secara terkawal & tak keterlaluan. Harap maaf andai ia mengganggu minda sesetengah pembaca yang berbudi pekerti tinggi lagi mulia akhlaknya serta yang mementingkan adab sopan dalam berkarya"
•••♦◄♥►♦•••
• • Aku tak nak buat korang tertunggu-tunggu lama dalam saspens, so aku cepatkan sambungan citer ni. Tak sepanjang mana pun, pendek je. Tapi mungkin akan dapat redakan persoalan yang bermain di fikiran korang tu.. hee.
• • Lepas bace chapter ni, harap korang akan faham kenapa aku tukar tajuk ke 'Empati'. Citer ni bukan tentang Faiz je, walaupun dia watak penting. Kekawan dia yang lain pun ade gak peranan masing-masing untuk hidupkan lagi jalan citer ni. Banyak lagi watak & konflik yang menanti para pembaca. Layan je..
•••♦◄♥►♦•••
KISAH BENAR • Setiap kali aku layan lagu 'Panti Asuhan', aku akan mengalir air mata, entah kenapa. Dah lama sebenarnya aku nak masukkan lagu ni dalam mana-mana chapter Budak Bukit, Kucing Lorong, Tadpole atau Empati tapi tak berkesempatan kerana belum bersesuaian dengan jalan citer. Hingga sampai Empati chapter 21 yang aku rasa selayaknya lagu ini diselitkan buat kita yang serba sempurna ini menilai diri. Ade ramai bebudak malang di luar sana! 😢😭😟
•••♦◄♥►♦•••
Dalam kesamaran cahaya lampu kuning di luar rumah, aku terpaku memandang pada satu susuk tubuh kepunyaan seorang remaja.
Ketinggiannya mungkin sama atau lebih rendah sedikit daripada Faiz. Dia tersengih memandang aku, penuh innocent.
Aku macam kenal je wajah budak ni, tapi otak aku lambat sikit nak recall siapa dia, walau amat familiar sesangat.
Akhirnya, dek ligat berfikir, aku dah mampu mengingati siapa gerangan si remaja menawan ini.
Memang lasak budak ni. Hari tu, ada aku describe akan penampilannya bila kali pertama kami bertemu.
Dia memang nampak berwajah asli keMelayuan. Hidung tak berapa mancung, kulit tak putih sangat macam si Faiz tu.
Walau tak berapa cute, tapi entah kenapa aku rasa budak ni menarik kalau dipandang berkali-kali. Itu pada pendapat aku le. Bagi orang lain, mungkin nampak muka dia macam jemuan* atau budak kurang sivik.
YOU ARE READING
• e𝓂pati •
Teen FictionDari blog ke Wattpad. Kisah suka duka seorang anak muda di perantauan yang berkelana mengubat hati yang rawan. Namun apa yang ditemuinya di daerah asing itu lebih menambahkan lagi masalah & gundah-gulana. Kemunculan seorang budak lasak lagi selamba...