Chapter 40 - Dua Pilihan & Satu Kisah Yang Mengejutkan

771 24 53
                                    

ACHTUNG

"Andai terdapat babak, dialog, ayat atau perkataan kurang sopan, lucah, kesat atau terlampau di bawah ini, harap pembaca berfikiran terbuka. Itu semua perlu untuk menghidupkan karya aku. Namun semuanya aku persembahkan secara terkawal & tak keterlaluan. Harap maaf andai ia mengganggu minda sesetengah pembaca yang berbudi pekerti tinggi lagi mulia akhlaknya serta yang mementingkan adab sopan dalam berkarya"

•••♦◄♥►♦•••

Sesampai saja di opis, aku terus duduk mengelamun. Masih terlalu awal lagi. Staff  lain pun belum menampakkan batang hidung.

Pertemuan aku dengan Pak Megat sebentar tadi, sedikit memberikan aku nafas baru. Namun, ianya bukan bersifat kekal. Akan tiba juga saatnya nanti bila Aiman dengan sengajanya akan kenakan aku andai aku tersilap langkah.

Keinginan untuk pergi meninggalkan kampung ini masih bermain di mindaku. Itu saja pilihan yang aku ada. Tapi, Aiman boleh saja mendedahkan video cabul itu walaupun aku dah tiada di kampung ini.

Dan, pihak berkuasa tak akan teragak-agak untuk mencari aku hingga ke hujung dunia bersandarkan bukti tersebut. Maka, lari meninggalkan kampung ini bukan pilihan yang tepat.

Tadi, beria-ia benar Pak Megat memuji aku, sampaikan aku malu sendiri. Terbayang akan perbualan kami di simpang jalan itu.

"Masalah tu memang ade, tapi sekarang ni dah makin berkurang pun."

Jawapan Pak Megat buat aku terkesima. Apa pulak yang orang tua ni merepek?

"Masalah makin kurang? Saya tak faham arr maksud Pak Megat ni," balasku.

"Yea le, sejak kebelakangan ni, kes curi motor kat kampung dan pekan ni dah makin berkurang. Aku rasa, sejak kau berpindah ke sini dah jarang dengar kes curi motor. Kami, JKKK rasa yang kau ni, entah macam mana dah meredakan kerisauan para pemilik motor kat kampung ni.

"Terima kasih je yang dapat kami ucapkan. Tak tau le ape ilmu yang kau pakai, sampaikan bebudak yang banyak menimbulkan masalah sebelum ni dah berubah jadi baik. Si Faiz dan tiga kawan jemuan dia tu pun dah lama tak aktif curi motor. Dia orang dah jadi budak baik sekarang ni. 

"Disebabkan itu, maka aku, selaku AJK Hal Ehwal Keselamatan Harta Benda kat kampung ni, amat berbesar hati kalau kau dapat libatkan diri dalam program kami. Kalau boleh, kami nak lantik orang muda macam kau ni untuk jadi salah sorang AJK.

"Ia untuk menarik lebih ramai bebudak muda join  ape-ape program yang akan kami buat nanti. Macam mana, setuju tak? Jangan hampakan kami. Kalau tak boleh nak bagi keputusan sekarang, mungkin esok lusa kau bagitau, ye?"

Pergh.. panjang lebar Pak Megat cuba nak pujuk aku join  dia orang. Penjelasannya itu membuatkan jiwa yang celaru sekejap tadi tenang, diganti dengan bunga-bunga ceria.

Hmm, tapi pelik jugak orang tua ni. Apa yang tak kena dengan dia? Aku ni dikatakan dah berjasa pada orang kampung kat sini?

"Entah arr Pak Megat. Saya rasa cam saya ni tak layak ja nak join  orang-orang lama dalam JKKK tu. Lagipun, ape sangat le jasa saya? Tapi, saya harap Pak Megat bagi le masa untuk saya fikirkan masak-masak. Nanti je saya contact  bagitau keputusan saya, okey?"

Dia mengangguk dan tersenyum.

Dalam perjalanan selepas rundinganku dengan Pak Megat tadi, aku asyik terfikirkan tawarannya itu. Kalau le dia tau apa sebenarnya yang dah aku buat pada bebudak kampung ni, sure  dia tak akan offer  aku untuk menyertai kesatuan dia orang tu.

• e𝓂pati •Where stories live. Discover now