ACHTUNG
"Andai terdapat babak, dialog, ayat atau perkataan kurang sopan, lucah, kesat atau terlampau di bawah ini, harap pembaca berfikiran terbuka. Itu semua perlu untuk menghidupkan karya aku. Namun semuanya aku persembahkan secara terkawal & tak keterlaluan. Harap maaf andai ia mengganggu minda sesetengah pembaca yang berbudi pekerti tinggi lagi mulia akhlaknya serta yang mementingkan adab sopan dalam berkarya"
•••♦◄♥►♦•••
Aku terjaga pukul enam lima puluh dua. Kurenung Faiz yang masih lena di sebelahku. Kakinya betul-betul berada atas perutku.
Makin lasak tidur budak ni. Esok-esok mungkin ibu jari kakinya ada dalam lubang hidung mancungku pulak.
Malas rasanya nak pergi kerja pagi ni. Rugi kalau aku tinggalkan Faiz sorang-sorang kat rumah. Aku peluk tubuh Faiz yang hanya ber boxer je.
Aku usap pipi dan rambutnya penuh mesra. Aku puas menatap wajah innocent Faiz kerana sebelum ini aku tak berpeluang untuk menatapnya sejelas ini.
Bunyi dengkuran Faiz bak irama muzik yang memberikan ketenangan padaku, sungguh melankolik dan nyaman sekali.
Waktu kian berjalan dan dengan malasnya aku bangun. Kalut-kalut aku ke bilik air, mandi dan berwuduk, langsung solat subuh.
Aku bersiap dan berdandan serba sedikit untuk menaikkan seri diri, biarpun aku dah semula jadi kacak menawan.
Sebelum keluar, seperti biasa aku tinggalkan sepuluh ringgit untuk Faiz buat belanja sekolahnya.
•••♦◄♥►♦•••
Di pejabat, aku tak ada mood nak kerja. Entah kenapa, asyik teringatkan Faiz dan perbualan kami malam tadi. Juga, bunyi yang kudengar di luar rumah. Macam satu misteri pulak.
Kak Norani, setiausaha boss perasan akan keadaan aku.
"Sakit ke Hizuan?" dia bertanya.
"Entah arr, kak. Saya rasa cam tak sedap badan je. Tak ade mood langsung hari ni," jawabku.
"Tak ape. Hizuan pegi je rehat kejap kat dalam bilik boss tu. Hari ni dia tak masuk opis, dia out station ke Penang, meeting. Lusa baru balik," usul Kak Norani.
"Tak ape ke saya berehat time keje ni? Nanti ape plak kata staff lain? Lagi pun, sekarang baru je pukul sembilan, masih awal untuk berehat."
Aku ragu-ragu dengan cadangannya kerana aku boleh dikatakan budak baru jugak kat opis ni. Mulut orang bukan boleh kita jangkakan. Manis di luar tapi kelat dan pedas di dalam.
"Alah, dah Hizuan tak sihat, ape nak dirisaukan? Kalau ada ape-ape nanti, akak panggil."
Baiknya hati Kak Norani ni. Entah kenapa, di mana je aku berada dan aku pergi, ada saja perempuan-perempuan yang baik hati terhadap aku. Hmm.. curious nya aku.
Aku masuk bilik boss, rebahkan badan kat kerusinya yang empuk lagi selesa. Fikiranku terus-terusan melayang teringatkan Faiz. Bila kupejam mata, makin kuat terbayang wajahnya.
Tergambar di layar mindaku tatkala dia masih nakal dan liar sehingga banyak menyusahkan orang-orang di sekelilingnya. Waktu itu, aku pula sedang diulit kehidupan serba selesa di bandar.
Dia bersendirian menempuh segala onak duri serta dugaan yang jika aku berada di tempatnya kala itupun aku tak mampu menghadapinya.
Sungguh malang nasib seorang anak yang ditinggalkan bapa kandung, pergi menghilangkan diri bertahun-tahun tanpa khabar berita.
YOU ARE READING
• e𝓂pati •
Dla nastolatkówDari blog ke Wattpad. Kisah suka duka seorang anak muda di perantauan yang berkelana mengubat hati yang rawan. Namun apa yang ditemuinya di daerah asing itu lebih menambahkan lagi masalah & gundah-gulana. Kemunculan seorang budak lasak lagi selamba...