Ini bukan update citer, sekadar bebelan!
PANDUAN/GLOSARI
*mem - sebutan untuk perempuan (Eropah) yang sudah berkahwin, nyonya, puan besar.
*babel - sebuah filem Hollywood terbitan tahun 2006, arahan Alejandro González Iñárritu (pengarah The Revenant ) yang mempunyai beberapa naratif & konflik yang berbeza, namun saling berkait di penghujungnya. Lakonan Brad Pitt, best layan citer ni.
•••♦◄♥►♦•••
• • Entry aku kali ini bukan pasal 'mem' & 'babel' tu, tapi tentang 'membebel' atau merungut, merengek, meleter, mengomel & lelainnya.
Aku nak membebel pasal semua novel aku kat sini. Dah bertahun tapi tak tamat-tamat lagi sampaikan ade readers yang dah bosan & boring, terus tinggalkan novel-novel aku tu.
FYI, novel-novel aku tak serupa cam novel kat luar sana. Aku tak ikut garis panduan penulisan novel, iaitu ade pengenalan, naratif + konflik, klimaks & ending. Kalau korang perasan, kebanyakan novel aku ade klimaks di tengah cerita. Ade gak pengenalan di tengah-tengah cerita, ade ending di awal atau tengah cerita. Mungkin gak nanti akan ade intro di hujung cerita. Semuanya boleh terjadi sebab aku tak pernah ikut gaya penulisan novel konvensional. Penerbit novel fizikal sebenarnya nak jimat kos kertas & ink, sebab itu dia orang adakan syarat cam tu. Aku plak bebas, tak ade bos yang bagi sebarang arahan untuk penjimatan.. hee. 😁
Aku tak jual novel, so aku tak perlu ikut peraturan tu. Novel aku semuanya panjang berjela. Terlampau banyak watak, plot, naratif & konflik. BB je dah mencecah lebih 670,000 perkataan! Pergh..
Harap korang faham & tak tertunggu-tunggu sangat untuk nikmati penamatnya. Ia akan tamat dengan sendirinya bila aku rasa nak tamatkan sesuatu citer tu.. hee
Tentu korang pernah layan telenovela Latin yang beratus episod tu, kan? Hah, citer aku cam tu arr. Panjang berjela, sebab aku banyak masukkan perkara detail yang tak berkaitan di dalamnya. Sebagai contoh; watak sedang makan karipap pusing, minum sirap selasih, berbual merapu di kedai kopi/gerai, tergaru ketiak, menggaru payudara, korek hidung, melancap berkhayal, sedang memasak sambil nyunyut lolipop, babak mandi ramai-ramai, babak tengok wayang, bernyanyi-nyanyi tanpa hala tujuan & banyak lagi benda yang remeh-temeh lain.
Novel-novel aku hanya sesuai untuk readers yang membace bagi mengisi masa senggang & untuk sedikit hiburan buat meredakan stress & tension setelah seharian belajar atau bekerja. Isi kandungannya plak amat taboo & mungkin jadi pantang larang pada sesetengah readers.
Ia tak sesuai buat tatapan kaki novel tegar yang serius & eager membace novel fizikal yang mengikuti garis panduan penulisan beradab tu. Readers sebegini gemar pada novel konvensional yang ade intro, konflik, klimaks & ending (selalunya happy le). Dalam erti kata lain, novel yang bermoral, padat, tak meleret & tak panjang berjela. Tapi, semua itu tak ade dalam karya-karya aku. 😌
• • Ah, dah panjang plak aku membebel. Sebelum ade yang mula bosan, aku tamatkan je dulu. Harap korang dapat memahami idea & falsafah aku dalam berkarya. Setiap penulis ade cara (style) tersendiri. Dan, ape yang korang bace dalam BUDAK BUKIT, BEBUDAK BUKIT, KUCING LORONG, EMPATI, TADPOLE & IMANUL itu le style aku.
Akhir kata, terima kasih daun keladi kepada readers yang sudi follow, bace, vote, komen, yang add dalam Reading List memasing & yang tak pernah bosan layan semua novel aku.
•••♦◄♥►♦•••
TERKINI: SEMUA NOVEL AKU DAH PUN TAMAT {completed} PADA 25 JULAI 2020 YANG LALU, HARAP MAK LONG • CUMA KARYA TERBARU AKU 'IMANUL' MASIH TERGANTUNG-GANTUNG. CER PEGI JENGUK & LAYAN. MANA TAU KOT KENA NGAN SELERA KORANG.. HEE
•••♦◄♥►♦•••
Akhir kata, terima kasih daun keladi kepada readers yang sudi follow, bace, vote, komen, yang add dalam Reading List memasing & yang tak pernah bosan layan semua novel aku.
ini le daun keladi, moga ade yang tak terkeliru dengan daun putat!
• TUEasa | 13082019 | 660 words | 3 minutes •
YOU ARE READING
• e𝓂pati •
Teen FictionDari blog ke Wattpad. Kisah suka duka seorang anak muda di perantauan yang berkelana mengubat hati yang rawan. Namun apa yang ditemuinya di daerah asing itu lebih menambahkan lagi masalah & gundah-gulana. Kemunculan seorang budak lasak lagi selamba...