Chapter 23 - Damien, Telur & Ais Seketul

944 26 7
                                    

ACHTUNG

"Andai terdapat babak, dialog, ayat atau perkataan kurang sopan, lucah, kesat atau terlampau di bawah ini, harap pembaca berfikiran terbuka. Itu semua perlu untuk menghidupkan karya aku. Namun semuanya aku persembahkan secara terkawal & tak keterlaluan. Harap maaf andai ia mengganggu minda sesetengah pembaca yang berbudi pekerti tinggi lagi mulia akhlaknya serta yang mementingkan adab sopan dalam berkarya"

•••♦◄♥►♦•••

.. PENGUMUMAN PENTING ..

 Mulai sekarang, semua announcement  aku tak sebarkan kepada follower. Kalau nak tau ape-ape perkembangan, korang kena lawat akaun (wall a.k.a message board ) aku je. Kat situ ade aku inform  segalanya & terkini (up to date). Kenapa? Sebab, bukan semua follower  aku minat bace karya aku. Ade yang follow, then  terus lenyap dari pandangan & hilang menyepi.

¯\_(ツ)_/¯.. hmpp!

•••♦◄♥►♦•••

• • Pendek, padat, pantas & laju je aku publish chapter  ni. Namun, aku tak berkompromi dalam hal kualiti. Biar kurang kuantiti, tapi tetap mengujakan readers, kan? Chapter  kali ni sedikit tense  & saspens, akan buat korang tertanya-tanya & seriau giler.. hee. Layan je dengan hati yang gumbira, kay?

•••♦◄♥►♦•••

Tepat jam dua belas, aku bergegas turun. Aku auta Kak Norani nak keluar ke pejabat pos urusan bayar bil, dia percaya.

Sampai je kat bawah pokok ketapang tepi pondok guard  seperti yang dijanjikan, aku nampak budak mixed  tu dah siap menunggu dengan basikal di sebelahnya.

"Dah lama tunggu?" sapaku.

Dia tersengih menampakkan barisan giginya yang putih dan tersusun cantik.

"Tak. Baru je dua jam."

Pandainya dia berseloroh, buat hatiku gemuruh walaupun waktu ini tiada kedengaran guruh dan dedaun pun tak luruh.

Aku melabuhkan punggung seksiku di sebelah punggung comelnya.

"Ape-ape pun, biar abang perkenalkan diri dulu, ye? Nama abang Hizuan, keje kat opis di tingkat dua tu."

Aku mulakan bicara lalu menghulurkan tangan bersalam dengannya. Dia sambut tanganku. Lembut dan nyaman je tangan budak ni. Tentu tak pernah melancap.

"Saya Damien Lutfe Salihovič. Abang panggil je Dami, pendek dan mudah disebut." 

Macam iklan, dia memperkenalkan dirinya.

Aku ternganga terlopong. Peliknya nama. Jenis bangsa apa dia ni? Seram pun ada bila dengar nama Damien. Macam watak budak hantu dalam filem 'The Omen'  je.

"Abang ingat adik ni mixed  mat salih. Tapi nama tu cam orang belah Rusia je.

"Memang pun. Pandainya abang teka. Mak saya Melayu, bapak saya plak dari Bosnia."

Jawapan dia buat aku terkesima.

Bosnia? Jauhnya dia terhumban ke sini.

Ah, nanti le aku tanyakan lebih lanjut pasal asal-usul dia. Sekarang masa tak mengizinkan.

• e𝓂pati •Where stories live. Discover now