ACHTUNG
"Andai terdapat babak, dialog, ayat atau perkataan kurang sopan, lucah, kesat atau terlampau di bawah ini, harap pembaca berfikiran terbuka. Itu semua perlu untuk menghidupkan karya aku. Namun semuanya aku persembahkan secara terkawal & tak keterlaluan. Harap maaf andai ia mengganggu minda sesetengah pembaca yang berbudi pekerti tinggi lagi mulia akhlaknya serta yang mementingkan adab sopan dalam berkarya"
•••♦◄♥►♦•••
Sepanjang kelas berlangsung, Hakim mengelamun. Teringat dia akan kata-kata Faiz tengah hari tadi. Sedih rasa hatinya tatkala ajakan ke pasar malam itu mendapat jawapan yang sama daripada Faiz seperti jawapannya sebelum ini.
Hmm.. aku kena gak bertanggungjawab pada nasib Faiz tu. Kesian dia, dah arr anak tunggal, bapa plak hilang entah ke mana. Hanya duit je yang boleh ceriakan dia. Aku kena buat sesuatu untuk tolong dia.. kata hati Hakim.
Pandangannya dilontarkan jauh ke luar tingkap. Ke arah padang bola menghijau.
Aku kena buat part time lebih rajin lagi. Keje ngan Aiman tu tak berbaloi pun, asyik jadi kuli dia je. Dia selalu je peras dan pau kami. Dia mewah, tapi kami plak selalu pokai, gumamnya lagi.
Hakim ini sebenarnya budak baik dan lemah lembut orangnya. Berbudi bahasa serta selalu memberikan idea-idea yang bernas.
Dia boleh dikategorikan budak handsome juga di sekolahnya. Berkulit cerah tapi tidaklah seputih Faiz namun tak segelap Arash atau Anip.
Pendek kata dia memang menawan dengan senyuman yang menampakkan dua lesung pipit di pipinya. Itu menambahkan lagi kewibawaanya di mata bebudak perempuan.
Dia join geng curi motor Aiman pun disebabkan ajakan dan desakan Faiz yang ingin mencari duit buat menampung keinginan membeli mereka.
Sebenarnya, Hakim dah ada kerja sambilan iaitu menjadi pembantu kepada mana-mana nelayan atau orang tengah yang menguruskan hasil tangkapan para nelayan di kuala sana.
Kerjanya cuma menolong mengangkat kotak-kotak atau raga berisi hasil laut di jeti. Kerja itu memerlukan dia menggunakan tulang empat keratnya dengan optimum. Mujur juga dia bertubuh agak besar dan sasa.
Faiz pernah juga datang menolongnya di jeti tapi sekejap saja dah tak terdaya sebab hasil laut dalam bakul atau raga itu semuanya berat-berat belaka. Tak terdaya dia untuk melakukan seperti mana Hakim.
"Encik Hakim, nampaknya minda anda tak berada dalam kelas waktu ini. Ape yang ditengok kat luar tu?"
Tetiba Hakim dikejutkan oleh suara nyaring Cikgu Badariah, guru Bahasa Melayu yang sedang berdiri tegak depan kelas.
Dia kaget dan tak mampu berkata apa-apa. Pandangannya dilontarkan ke arah kekawan sekelas yang tersengih-sengih dan terkekek ketawa melihat dia ditegur garang.
"Sa.. sa.. saya."
"Tak payah nak menjawab. Anda sila ke tandas dan cuci muka, segarkan diri. Lepas tu jalan-jalan sekitar kawasan sekolah selama lima minit untuk hilangkan mengelamun anda tu, faham?"
"Good idea, cikgu. Memang pun saya rasa nak terkencing je ni.. he he."
Apa lagi, terus saja Hakim bergerak laju ke arah pintu. Menuruni anak-anak tangga menuju ke tandas lelaki yang terletak di hujung pagar berdekatan dengan jalan.
Zip seluar hijaunya ditarik ke bawah. Kepala paipnya yang mandom* tersembul keluar memancutkan air kekuningan, deras. Dia lalu mendengus kelegaan setelah pundi kencing yang sendat dikosongkan.
YOU ARE READING
• e𝓂pati •
Ficção AdolescenteDari blog ke Wattpad. Kisah suka duka seorang anak muda di perantauan yang berkelana mengubat hati yang rawan. Namun apa yang ditemuinya di daerah asing itu lebih menambahkan lagi masalah & gundah-gulana. Kemunculan seorang budak lasak lagi selamba...