Chapter 17 - Layan Anak Bos Yang Hitam Manis

1.1K 25 46
                                    

ACHTUNG

"Andai terdapat babak, dialog, ayat atau perkataan kurang sopan, lucah, kesat atau terlampau di bawah ini, harap pembaca berfikiran terbuka. Itu semua perlu untuk menghidupkan karya aku. Namun semuanya aku persembahkan secara terkawal & tak keterlaluan. Harap maaf andai ia mengganggu minda sesetengah pembaca yang berbudi pekerti tinggi lagi mulia akhlaknya serta yang mementingkan adab sopan dalam berkarya"

•••♦◄♥►♦•••

• • Mood  aku tengah okey sekarang ni. So  dapat arr aku update  citer 'Empati' berterusan.. hee. Layan je sementara aku masih bermood  nyaman. Kalau nanti aku moody, maka lambat arr update nya. 

•••♦◄♥►♦•••

Aku ke bilik air untuk berak dan mandi. Tapi tak berhasrat untuk main sabun.

Sekejap lagi kena masuk opis. Aku, kalau bab kerja ni tak rasa terbeban pun. Seronok je sejak mula kerja kat daerah sepi ini.

Apatah lagi, kebelakangan ini aku dah bertemu dengan dua insan yang mampu buat aku ceria dan riang dalam mendepani hari mendatang.

Lepas mandi, aku menghadap cermin besar di dalam bilik untuk berdandan.

Tetiba, aku terpandang beberapa kesan lebam yang gelap kemerahan pada pangkal leher serta dada bidangku.

Nampak macam kesan love bite  je. Tapi, macam mana boleh ada kat aku? Atau itu kesan makhluk halus yang orang cakap sering ganggu waktu kita tidur.

Kebelakangan ini, aku kerap je rasa macam ada sesuatu yang berkeliaran di kawasan rumah sewaku ini. Maklum le, rumah ini terletak di hujung tanah Pak Daud.

Belakang sana ditumbuhi belukar meliar yang subur menghijau. Kekadang tu, rasa seram jugak bila aku pandang, terutama bila tiba waktu senja.

Bunyi-bunyian unggas serta haiwan penghuni hutan kerap membuatkan hati aku cemas dan cuak.

Aku patut jumpa orang tua itu dan selidik serba sedikit tentang sejarah rumahnya ini.

Apa pun, aku kena sorok kesan lebam kat tubuh aku ni. Mana tau, kot ada orang yang ternampak dan beranggapan serong lalu menuduh aku beromen dengan seseorang pulak.

Atau, mungkin ini kerja si Hakim waktu aku lena tak sedar diri malam tadi?

Ish, tak mungkin pulak. 

Takkan dia.. ah, apa aku dok merepek ni? Mustahil le dia nak buat benda tu kat aku.

•••♦◄♥►♦•••

"Hizuan, boss  nak jumpa kat bilik dia. Ade hal penting."

Kak Norani mengejutkan aku yang sedang asyik menghadap laptop, tengah main game Tetris.

Baru pukul sebelas dua minit pagi. Apa pulak yang orang tua tu nak, panggil aku awal-awal ni?

Encik Rafiq, boss  aku, dulu belajar satu kolej dengan mak aku, jadi kira kawan rapat le dia orang berdua. 

Mak aku cakap, dia orang pernah bercinta zaman muda dulu. Tapi dek kerana jodoh tak ada, maka masing-masing membawa diri dengan perasaan sebak di dada.

Dan, sewaktu melancong ke Amerika Latin, mak aku berjumpa dan berkenalan dengan bapak aku yang waktu itu dah pun ada bisnes sendiri yang boleh dikatakan maju jugak le. 

• e𝓂pati •Where stories live. Discover now