Chapter 71

2.2K 68 0
                                    

I love the way you look at me- Effa Nadia

Refry memandang Irfan tidak percaya. "Kau pengkhianat," kata Refry.

"Aku pengkhianat? Bukan kau ke? Kau pura-pura baik depan semua orang termasuk ex kau. Kau nak hancurkan hidup dia yang hampir sahaja jatuh menyebah bumi. Kau takda hati perut ke?" soal Irfan berani. Dulu Irfan pernah membuat kesilapan kepada Tengku Rizqie. Kali ini dia betul-betul ingin menebuskan kesalahannya.

"What did you want?" soal Tengku Rizqie dingin.

"Aku nak jumpa Effa," jawab Aidan.

"For?"

"Aku nak minta maaf dengan dia. Aku janji aku takkan apa-apakan dia lagi. Aku cuma tak nak hubungan rapat kami dicemar begitu sahaja."

"You are the one who start it."

"Aku tahu! Aku minta maaf! Bagi aku peluang. Mak aku juga nak minta maaf dengan dia."

"Aku pun. Aku dah dapat khifarah aku. Amanda bencikan aku," celah Refry.

"Bagi kami peluang lagi sekali. Kami takkan sia-siakan," kata Aidan.

Tengku Rizqie yang sibuk dengan laptop berjanama apple menyebabkan Effa tidak menggangu suaminya itu. Mata cuma merenung perbuatan suaminya. "Hensem sangat ke suami sayang ni, hm?" soal Tengku Rizqie.

Effa tersenyum malu. "Hensem sangat," jawab Effa selamba. Buat apa tipu kalau benda fakta.

"Isteri abang pun cantik."

"Mengada."

"Sayang," panggil Tengku Rizqie. Kerja yang sibuk dilakukan sejak tadi ditinggalkan terlebih dahulu. Tumpuannya dialihkan kepada isterinya yang bersandar di sofa.

Effa menjongketkan keningnya tanda mengapa.

"Sayang nak jumpa Aidan tak?" soal Tengku Rizqie berhati-hati.

"Aidan?" soal Effa semula.

Tengku Rizqie menjatuhkan kepalanya beberapa kali.

"Nak buat apa?"

"Dia nak minta maaf?"

"Minta maaf? Untuk apa?"

"Sayang... You know what I mean, right?"

Effa menunduk memandang jari jemarinya.

"Dea..."

"Sayang tak perlu maafkan kalau sayang tak nak. Tapi mereka perlu minta maaf walaupun takkan dimaafkan. Sayang faham, kan?" kata Tengku Rizqie tidak mahu mendesak isterinya.

Effa menjatuhkan kepala beberapa kali.

"Abang tahu isteri abang baik orangnya. Sebab tu abang sayang sangat isteri abang ni," kata Tengku Rizqie menarik lembut kepala isterinya supaya berbaring di bahunya. Effa hanya menuruti.

"Jumpa ya? Abang teman," pujuk Tengku Rizqie.

"Mama Naura pun rindu anak dia," tambah Tengku Rizqie.

"Mama rindu Dea?" soal Effa yang mula kedengaran sebak.

"Iya, sayang. Mama rindu anak perempuan dia."

Dia juga rindu akan wanita itu. Mustahil untuk Effa membenci wanita yang sudah dianggap ibu sejak kecil lagi.

"Bila kita nak jumpa dia orang, abang?" soal Effa yang mula teruja.

"Esok, nak?"

Effa mengangguk setuju.

Mana mungkin dia boleh benci perempuan yang sudah dianggap ibu walaupun bukan ibu kandungnya. Puan Naura yang sudah menganggapnya sebagai anak.

C || Rizq's SugarWhere stories live. Discover now