Chapter 39

2.6K 91 2
                                    

You're mine, Angel- Tengku Rizqie

'Wey, kau nak tak kahwin dengan aku bila kita besar nanti?' soal Tengku Rizqie.

'Kahwin? Aku kecil lagi nak fikir pasal tu,' jawab Effa polos. Dia menjulingkan matanya.

'Takpa, kau setuju je la ya? Nanti besar kau faham la.'

'Tak nak la aku. Kau tu dah la buruk. Tak hensem. Aku nak hensem macam Aaron Aziz. Sado bukan macam gorilla,' jelas Effa.

Kenangan lama terimbau kembali ketika umurnya masih belum baligh. Dulu main kahwin-kahwin, adakah kata-kata itu termakbul?

Menghirup bauan laut amat menenangkan jiwa. Effa memeluk tubuh apabila terasa angin malam itu menyentuh tubuh. Tengku Rizqie entah ke mana mamat tu. Tadi kata nak pergi toilet. Sakit perut. Mata dilelapkan untuk menghayati. Tanpa sedar, air mata turun membasahi pipi. 

Selang beberapa minit, badan terasa diselubung oleh selimut. Effa membuka matanya dan melihat Tengku Rizqie memberi senyuman manis. Di atas bahu terdapat jaket kulit milik lelaki itu. Tengku Rizqie mengambil tempat di sebelah Effa di atas batu besar itu.

"Sejuk?" soal Tengku Rizqie. Effa hanya mengangguk. Tangan naik mengelap air mata yang jatuh itu.

"Kenapa nangis ni, sayang?"

"Takda apa."

Effa menggeleng untuk menindakkan kenyataan itu.

"Tak baik tau tipu bakal suami," ugut Tengku Rizqie saja ingin menguji perempuan itu. Bukannya dia tidak nampak air mata itu. Suara sudah serak seperti baru lepas menangis.

"I okay. Thank you for helping me. I can't thank you enough."

"It's okay. Little girl always needs a man like me to take care of."

Ingin sahaja dia ingin mengusap kepala Effa tetapi dia membatalkan niatnya kerana tahu batas agama menghalangnya untuk menyentuh dengan sengaja.

"Kalau you nak apa-apa, I boleh buat. Masak ke?"

"For?" soalnnya.

"Untuk balas jasa you."

"I tak nak sekarang. Lepas kahwin, boleh?" tanyannya lagi.

"You nak apa?"

"Rahsia."

Effa menjeling Tengku Rizqie disebelahnya. Suka hati je nak rahsia dengan dia. Tengku Rizqie hanya gelak melihat gelagat itu. Dia mengerti Effa menyampah dengannya. Tapi ada dia kesah?

Effa meletakkan dagunya di lutut. Menghayati bunyi ombak yang semakin kuat. Tengku Rizqie sesekali memandang ke laut, selebihnya memandang buah hati di sebelah.

"You nak tahu tak, dulu I selalu berangan nak kahwin dengan Refry secepat mungkin. Tapi kit orang sedar belum habis belajar. Takda pendapatan. He was my first love. I trust him so much. I tak pernah tipu dia. Semua benda I cerita dekat dia. Takda satu pun yang tinggal. I marah sangat kalau ada lelaki tersentuh I sebab I cuma nak Refry je sentuh I. I promise I would not fall in love with someone else. I janji I takkan pernah tinggalkan dia," terang Effa. Air mata menuruni semula seperti biasa. Dia tidak dapat menahan sebak di dada.

"I don't mean to hurt you. I just want someone else know my story. Especially you. My fiance. I takut kalau suatu hari nanti ada lagi salah faham macam harini. Sedangkan takda siapa pernah sentuh I sampai macam tu. Bau bunga? I dah cari perfume lain, tapi I just love flowers. Tapi I belum putus asa cari bau lain untuk tukar sebab I tak nak bakal suami I dapat bau sama dengan ex-boyfriend I. I want him to be special."

C || Rizq's SugarWhere stories live. Discover now