Chapter 25

2.8K 95 4
                                    

Your hand looks heavy can I hold it for you?- Tengku Rizqie

"Congrats, both of you," sapa Effa mesra kepada dua mempelai itu.

"Terima kasih," kata Safeera, isteri kepada sepupunya itu. Mereka saling bersalaman dan melagakan pipi.

"Terima kasih datang," balas Haziq. Tengku Rizqie menghulurkan tangan.

Mereka berdua turun dari pelamin dan mengambil tempat di meja makan. Mereka berada di meja VVIP kerana Effa ialah sebahagian daripada keluarga mereka.

"Cantik kan design wedding dia orang," kata Effa sambil tangan mengambil makanan yang berada di atas meja.

"Cantik la sikit."

"Sikit je? I teman dia orang design ni tau," jelas Effa.

"Really? But not 100 percent, right? Because you can make more than this," teka Tengku Rizqie.

"Haah. I design sikit je. Bagi cadangan. I tak nak pengantin perempuan rasa I buat macam ni wedding I," jelas Effa. Tangan menyuap nasi minyak bersama ayam masak merah.

"You tak nak makan ke?" tanya Effa apabila pinggan lelaki itu masih kosong.

"I diet nasi."

"Serious?" soal Effa tidak percaya.

Tengku Rizqie hanya mengangguk. Mata ralit melihat Effa menjamu selera di sebelah kanannya. "Cuba you rasa. Sedap. Nanti menyesal."

"Nope. Tengok you dah kenyang."

"Eee... rasa la," arah Effa. Dia menghulurkan sedikit nasi dari pinggannya ke arah mulut Tengku Rizqie.

Suap? Siapa je nak tolak kalau bidadari yang suap? Tengku Rizqie makan jua apa yang diberi Effa itu.

"Sedap kan?" tanya Effa.

"Sedap tapi terlebih manis."

"Manis? I rasa okay je."

Tangan menyuap lagi nasi itu ke dalam mulut sendiri. Mengamati lebih dalam rasa nasi minyak itu.

"Manis sebab you suap."

"Eee... gedik. Nak tak?"

"Kalau you suap, I makan."

"I pun nak makan. Lagipun tak manis, kita belum kahwin. Ni I ambil kan."

Effa mencedok sedikit nasi dan lauk ke dalam pinggan Tengku Rizqie.

"Dah."

Dia tidak boleh makan banyak. Nanti habis six pack ganti buncit.

Betul la kata Effa. Sedap nasi minyak itu. Lagi sedap sebab makan disebelah bidadari. Cia...cia...cia....

"Amboi... sweet. Siap suap lagi tadi," tegur nenek Effa.

"Takda la, nek. Nenek dah makan?" tanya Effa.

"Dah. Penat pula rasa. Duduk kejap," kata Puan Salsabilah duduk di sebelah Effa.

"Korang, bila pula nak kahwin? Boleh nenek dapat cicit ramai," sambung wanita tua itu.

"Lambat lagi, nek. Kakak belum sedia," jawab Effa bagi pihak mereka.

"Nak tunggu sedia macam mana lagi? Bukannya kahwin terus dapat anak. Tengok Haziq tu. Kahwin dah dia. Perempuan tak elok kahwin lambat. Nanti nak mengandung susah. Suami lari nanti baru tahu."

C || Rizq's SugarWhere stories live. Discover now