Chapter 12

3K 101 6
                                    

You will never be unloved by me- Tengku Rizqie

"Assalamualaikum aunty. Saya ni Azy."

Panggilan dilakukan setelah selesai mendaftarkan Effa untuk ke wad.

Effa memintanya untuk merahsiakan keadaannya, tetapi bagi Azy keluarga Effa berhak ambil tahu. Azy membuat keputusan untuk memberitahu ibu Effa segera. Keluarga mereka berada di Ipoh, manakala Effa ditahan di Johor.

"Waalaikumusalam. Ya, Azy. Kenapa?" tanya Puan Enjelina hairan.

Azy jarang menghubunginya jika tiada hal penting. Selama ni hanya melalui mesej kerana Azy rajin bertanya khabar mereka sekeluarga. Puan Enjelina dapat merasakan Azy merupakan kawan yang baik kepada anaknya.

"Effa kena tahan wad dekat sini," jujur Azy.

Senyap.

"Doktor syak ada tibi. Doktor tahan dekat wad isolasi," sambungnya lagi apabila tiada bantahan daripada Puan Enjelina.

"Haa! Effa takda cakap apa-apa pun."

"Effa tak nak aunty risau. Dia kata jangan bagitau aunty tapi saya tak sampai hati."

"Haa baik-baik. Takpa aunty datang sana kejap lagi. Terima kasih ya Azy," kata Puan Enjelina yang mula dilanda kerisauan yang melampau.

Puan Enjelina bergegas memberitahu Encik Zaryn dan anak-anaknya yang lain. Mereka segera bertolak ke Johor.

...

Senyap. Sunyi. Hanya mendengar bunyi penghawa dingin kereta Alphard milik keluarga mereka.

"Ibu, kakak sakit apa?" tanya Elvina kerana bingung mengapa perlu segera bertemu kakaknya itu.

Tiada respon daripada Puan Enjelina. Fikirannya kosong.

"Mana la kita tahu adik. Kita belum sampai lagi kan," jawab abangnya apabila tiada yang menjawab.

"Hmm... okay."

"Abang. Anak kita okay ke?" tanya Puan Enjelina kerana risau yang amat sangat sehingga mendatangkan sebak di dada.

"Okay, insyaallah. Kita doakan sama-sama," jawab Encik Zaryn tenang. Di hati siapa yang tahu bukan?

...

"Nurse anak saya Effa Nadia. Dia dekat mana," tanya Encik Zaryn kepada seseorang di kaunter pertanyaan.

"Sekejap ya encik. Saya periksa."

Tangan ralit menekan butang tertikus untuk mencari nama yang dipinta. "Anak encik ada dekat ICU. Encik belok kanan sebelah sini, naik lift tingkat 5. Anak encik ada dekat situ. Tapi tak dibenarkan masuk ramai-ramai ya. 1 atau 2 orang sahaja dalam satu masa."

"Baik. Terima kasih ya," balas Encik Zaryn.

Mereka sekeluarga bergegas ke wad ICU yang menempatkan salah seorang ahli keluarga mereka. Puan Enjelina amat risau sehingga tidak menghiraukan kepada anak-anak yang lain di belakang.

"Nurse, boleh tak saya nak masuk tengok anak saya."

"Maaf. Encik nak jumpa siapa ya?" tanya nurse yang menjaga setiap pesakit di dalam ICU tersebut.

"Effa Nadia." jawab Encik Zaryn pendek. Ringkas.

"Ooo... dia ada di wad nombor satu. Depan sekali. Tapi tidak dibenarkan masuk ramai-ramai ya. Seorang dalam satu masa. Nurse depan bilik wad tu nanti akan beri satu pakaian khas untuk dipakai," jelas petugas tersebut.

C || Rizq's SugarWhere stories live. Discover now