Special Chapter I

1.7K 73 20
                                    

any emoji you want, just untuk I tahu kehadiran awak sampai ke chapter ni👀
Harap korang tak abaikan permintaan yang ini🫠

🌻🌻🌻

Sometimes I wonder if love is worth fighting for. Then, I look at you, I'm ready for war. All my effort paid off- Tengku Rizqie

7 tahun kemudian...

"Sit here properly," arah Puan Enjelina lembut kepada Tengku Ezryn yang baru berumur 5 tahun. Encik Zaryn mengangkat cucunya sedikit supaya mudah untuk melabuhkan punggung antara dirinya dan isterinya.

Emelia melabuhkan punggung di hadapan kakak sulungnya yang ralit mengunyah strawberi. "Kak, kau makan, suami kau mana?" soal Elmira. Hanya tinggal Tengku Rizqie yang tiada di meja makan rumah kakaknya itu.

Effa mengangkat kedua bahunya tanda tidak tahu. "Habistu pergi la cari," arah Puan Enjelina.

"Nanti dia turun la tu, ibu," jawab Effa. Seketul lagi strawberi dicapai dan digigit.

"Kakak..." tegur Encik Zaryn agak tegas kepada anak sulungnya. Effa melepaskan keluhan sebelum bangun daripada duduknya.

"Mummy, I want to follow you..." celah Tengku Eithan yang merupakan anak bongsu di dalam keluarga Tengku Rizqie. Dia sudah bersiap sedia mahu turun daripada kerusi yang agak tinggi bagi budak yang berusia 5 tahun.

Encik Zaryn menghalang cucunya daripada meneruskan niat untuk mengikut langkah ibunya. "Raf tak nak teman atok ke?" soal Encik Zaryn bernada sedih. Tengku Eithan memandang Effa dan Encik Zaryn silih ganti.

Tengku Eithan berfikir sejenak. "Raf teman atok la!" jawab Tengku Eithan lalu membetulkan semula kedudukannya di atas kerusi.

Effa tersenyum melihat anak bongsunya yang manja dengan Encik Zaryn. Tengku Elaila Rhea dan Tengku Eiran Rian elok duduk di tempat masing-masing bersama makan malam. Tengku Eline Reyna dan Tengku Evelyn Riona pula kadang kalanya berbual bersama Puan Enjelina dan Encik Zaryn. Pelbagai jenis soalan ditanya sehingga penat ibu bapanya ingin melayan. Tapi apakan daya, nenek dan atok pasti akan melayan karenah sahaja cucu-cucunya. Tengku Ezryn Raiden dan Tengku Eithan Rafee yang paling menghampiri Puan Enjelina dan Encik Zaryn kadang kala ingin menyuap mereka ayam goreng. Effa menggeleng kepala melihat telatah satu per satu anaknya. Kesemua anaknya mempunyai persamaan dan perbezaan tersendiri. Triple time for twins in the house!

...

Sudah puas mencari di seluruh bilik termasuk bilik tetamu, namun, kelibat suaminya masih tidak kelihatan. Telefon suaminya pula masih berada di dalam bilik mereka menyebabkan telefon itu hanya berdering tanpa dijawab. Effa menyarungkan tudung sarungnya untuk mencari Tengku Rizqie di luar kawasan rumah.

Sosok tubuh yang amat dikenali didekati. "Eh! Al! Reis! Korang buat apa dekat sini?" soal Effa teruja.

Alvaro dan Reis yang juga sudah mendirikan rumah tangga kini menyebabkan mereka hanya datang sekali sekala atas arah Tengku Rizqie. Tugas mereka berdua kini sudah diganti oleh orang lain. Hanya sesekali sahaja mereka datang untuk melakukan tugas.

"Hari ini boss awak takda pula cakap dia suruh awak datang," tambah Effa.

Alvaro dan Reis hanya tersenyum nipis lalu memandang antara satu sama lain. "Cik ikut saya, boleh?" soal Alvaro lembut. Pintu kereta bahagian belakang dibuka.

"Pergi mana? Saya tengah cari suami saya ni," kata Effa. Enggan ingin mengikut kehendak Alvaro.

"Cik ikut kami dulu. Nanti Cik jumpa Tengku," celah Reis.

C || Rizq's SugarWhere stories live. Discover now