Chapter 44

2.3K 79 4
                                    

Everytime I see you, I fall in love all over again- Tengku Rizqie

Effa mengambil tempat berhadapan dengan Tengku Rizqie. Dia menyedut sedikit minuman yang dipesan oleh lelaki itu sebelum dia tiba di kedai itu. Tengku Rizqie hanya memerhati. Hanya mereka berdua sahaja di restoran ini. Restoran ini milik Tengku Hedwin. Terdapat bilik peribadi untuk mereka bertiga.

"Sayang, you-," kata-kata Tengku Rizqie dicantas oleh wanita dihadapannya.

"Nampak sedap. Boleh I makan?" soal Effa. Spagetti carbonara itu terlihat melazatkan. Favourite spagetti.

"Boleh, sayang."

Senyuman diberikan melihat gelagat Effa.

Effa menggulung sedikit spagetti itu menggunakan garfu yang disediakan lalu menyuap ke dalam mulut. Sedap! Mata dibesarkan tanda amat sedap. Teruja. "You! You nak tak?! Sedap!" pujinya sedikit kuat.

Garfu yang digulungkan spagetti itu disuakan dihadapan muka lelaki itu. Tengku Rizqie terus sahaja memasukkan makanan itu ke dalam mulut. Effa yang terkejut akan tindakan itu terpaku. "Aku bagi garfu ini nak suruh dia rasa sendiri. Bukan suapkan. Lebih baik suap pakai tangan je kalau macam tu. Boleh jampi sikit," gumamnya sendirian sehingga didengari lelaki itu. Geli hati dibuatnya. Tengku Rizqie tidak tahan menyimpan senyumannya. Effa hanya menjeling melihat Tengku Rizqie yang ketawa itu.

Selesai mereka menjamu selera bersama. Tengku Rizqie memulakan niatnya yang asal. "Little girl," panggil Tengku Rizqie apabila Effa ralit memandang setiap sudut restoran itu.

Effa mengalihkan padangannya ke hadapan. Kening dijongketkan tanda mengapa.

"Macam mana you dapat gambar itu?" soal Tengku Rizqie.

"Gambar?" soalnya semula. Dia mengerutkan dahinya sedikit.

"Ooo... gambar. I pun tak pasti. Ada orang hantar," jawabnya dengan yakin.

"Eh sekejap! Kenapa you balik awal? Bukan lagi 2 minggu ke? Haritu I ada jumpa Ryan, dia kata nak terangkan tapi I nak tunggu you terangkan sendiri."

Tengku Rizqie melepaskan keluhannya panjang. Effa hanya tersenyum. "You jangan la risau. I percaya you. So, can you explain?"

"Sure, sayang. Actually that night I had a meeting with my client. Habis sahaja perbincangan I masuk bilik. I drink my water. But suddenly I collapsed. I tak sedarkan diri. Someone betrayed my trust. She already fired," jelas Tengku Rizqie. Ya, housekeeper di hotel itu sudah dipecat dan mendapat akibatnya. Bilik itu tidak sewenangnya boleh dimasuki oleh sesiapa. Namun, disebabkan dia perlu bermalam di situ dalam keadaan yang lama, sesekali dia benarkan pembersihan dilakukan dengan pemantauan. Tetapi cecair yang tidak nampak perubahan warna itu tidak dapat disedari walaupun diawasi ketika kerja pembersihan dilakukan. Pasti itu sudah dirancang terlebih dahulu.

Effa hanya mengangguk tanda memahami. Dia hanya mendengar sambil menyedut minumannya. Mata masih memandang tepat ke dalam anak mata lelaki itu. Mencari kebenaran. Ya, dia menjumpainya. Dia yakin lelaki itu tidak berbohong. "I percaya," pendek sahaja jawapannya.

"Tapi..."

"Tapi?" soal Tengku Rizqie apabila Effa tiada tanda-tanda mahu menyambung ayatnya.

"Kita ada beberapa minggu sebelum nikah. I tak nak kita berjumpa. Langsung," perkataan itu ditekankan sedikit.

"Tapi-"

"Please. I minta kali ini you hormat keputusan I, boleh?" pinta Effa.

Tengku Rizqie melepaskan sedikit keluhnya sebelum menjatuhkan kepala beberapa kali. Berat hati mahu melepaskan tetapi dia juga perlu menghormati permintaan wanita itu.

C || Rizq's SugarWhere stories live. Discover now