Thank you for being there even though I'm not the best of people- Effa Nadia
"Kita buat apa dekat sini?" Soal Effa pelik. Dia memandang sekeliling yang kosong. Cuaca mendung membuatkan lebih mudah dia meneliti.
"Sayang kata nak memandu dekat litar," jawab Tengku Rizqie polos.
"Tapi bukan litar ni!" marah Effa yang sudah memahami tujuannya ke tempat ini mula memandang Tengku Rizqie tidak puas hati. Mulutnya dimuncungkan tanda protes. Tengku Rizqie tergelak kecil. Mana mungkin dia membernarkan isterinya bermain di litar F1 yang berbahaya itu.
"Ini pun litar juga, sayang. Litar ini selamat sikit untuk isteri abang," pujuk Tengku Rizqie. Dia mencapai helmet yang disediakan oleh pembantu litar itu.
"Tak kelakar la!"
"Ini je yang abang boleh izinkan isteri abang main. Abang tak nak isteri abang cedera," pujuk Tengku Rizqie lagi.
Effa melepaskan nafas seketika. Akhirnya, dia bersetuju sahaja. Helmet yang dipegang Tengku Rizqie sudah selamat di atas kepalanya. Tengku Rizqie turut memakainya. Effa mengambil tempat di dalam go kart itu. Tengku Rizqie turut mengambil tempat di go kart sebelah. Tali pinggang keledar dipakaikan oleh suaminya. Tengku Rizqie melarang keras pekerja di situ membantunya.
"Ingat, jangan bawa laju sangat," pesan Tengku Rizqie. Mendapat anggukan daripada isterinya membuatkan hati seorang suami lega.
Effa melambai ke arah Alvaro yang turut dipaksa oleh Effa. Kereta Alvaro dan Reis berada di belakang mereka. Sebaik sahaja bendera dikibarkan oleh pekerja lelaki itu, Effa terus sahaja memandu di atas litar. Sesekali kaki menekan brek dan minyak silih ganti. Tidak terlalu laju kerana itu merupakan tahap maksimum kenderaan itu. Sesekali di penghujung jalan lurus, Effa memusingkan sterengnya seperti gaya drift. Tawa yang tidak kedengaran itu dilepaskan. Hanya dia dan dunianya.
Tengku Rizqie memotong Effa dengan selambanya. "Jangan bawa laju sangat!" sempat Tengku Rizqie memberi amaran kepada isterinya. Effa mendengus geram. Dia tidak boleh mengalah dengan suaminya sendiri. Dia menekan minyak lalu memotong suaminya di garisan penamat. Sempat dia menjelirkan lidahnya kepada Tengku Rizqie.
Effa dinobatkan sebagai juara apabila keretanya sampai di garisan penamat terlebih dahulu.
Tengku Rizqie terus melulu ke arah isterinya. Risau hatinya apabila melihat Effa membawa dengan kelajuan itu. Topi dan tali pinggang keledar dibuka untuk mendapatkan isterinya terlebih dahulu.
Effa membuka tali pinggang keledarnya. Dia melompat kecil di hadapan suaminya. "Dea menang!" Jerit Effa.
Helmet dibuka dan diberikan kepada Alvaro.
Tengku Rizqie memusingkan sedikit tubuh badan isterinya. Dia mencari jika terdapat luka atau kecederaan di tubuh badan itu. Dia melepaskan nafas lega apabila Effa memberitahu bahawa dia baik-baik sahaja.
"This is first and last," kata Tengku Rizqie.
"Nak tercabut jantung abang tengok sayang bawa macam tu," tambahnya lagi.
Effa tersengih. Dia melabuhkan punggung di kerusi yang tersediakan. Kipas yang tersedia dihalakan ke dirinya seorang. "Syoknya abang!" Kata Effa bersama terujanya yang masih tersisa. Alvaro dan Reis pula masih mengipas dirinya menggunakan kertas yang kepanasan. Air-cond yang dipasang seperti tiada guna ketika ini.
YOU ARE READING
C || Rizq's Sugar
Romance𝓣𝓗𝓔 𝓖𝓗𝓞𝓢𝓣 𝓢𝓮𝓻𝓲𝓮𝓼 𝓘 [TENGKU RIZQIE ADRIAL || EFFA NADIA] "Now I have met a beast in person, he looks perfect" - Effa Nadia "And you always be my sugar, love" - Tengku Rizqie Effa Nadia seorang perempuan yang kuat dan tabah menghadapi d...