Chapter 37

2.4K 92 0
                                    

You are so, so special- Tengku Rizqie

Effa tiba di muka pintu pejabat peribadi Tengku Rizqie di Kuala Lumpur. Jika diikutkan kata Ryan, di sini pejabat utama bagi Adyson Company.

Dia memulakan dengan ketukan. Sekali. Dua kali.

"Allowed."

Pintu yang dikunci sebentar tadi sudah dibuka dari dalam. Effa menolak sedikit demi sedikit pintu itu. Kepala dimasukkan ke dalam bilik itu untuk mencari tubuh tegap lelaki itu.

"You..."

Senyap. Tiada sesiapa. Effa melangkah masuk ke dalam bilik itu. Dia memandang segenap ruang itu. Besar. Luas. Cantik. Elegant.

Sedang menilik ke semua sudut bilik itu, sebuah pintu yang berada di dalam bilik itu dibuka. Muncul wajah yang dicari.

"Kenapa datang sini?" tanya lelaki itu tegang. Mata tidak memandang sedikit pun kepada Eff.

"I cari you. I want to explain. Everything," jelas Effa. Dia hanya mengekori Tengku Rizqie yang mengambil tempat di sofa berwarna gelap itu. Dia duduk berhadapan dengan lelaki itu.

Tengku Rizqie menjongketkan keningnya tanda setuju untuk mendengar penjelasan.

"Malam tu, Shery panggil I but she's not at home. I terserempak dengan Aidan, Refry dan seorang mamat mana entah. I want to go home but they offer me water for the very last time. It's my favourite coffee."

Effa menunduk memandang lantai. Tidak berani menatap mata lelaki itu. "Then... I- I just out of control."

Mata mula berkaca. Tengku Rizqie yang perasaan akan suara yang sudah bergetar itu meraut wajahnya kasar.

"Lagi?" soal Tengku Rizqie.

"Lagi? I ingat sampai situ je. Last, I ingat Refry bawa I masuk bilik sebab masa tu I sakit kepala. I tak boleh drive."

"Okay," balas Tengku Rizqie pendek. Dia berdiri meninggalkan kawasan sofa itu dan duduk di kerusi pejabatnya. Tangan menyelak semua fail-fail di atas meja.

"You..." panggil Effa lagi apabila tiada balasan daripada lelaki itu.

Mana lagi salahnya?

"Jom teman I makan. Lapar la," kata Effa. Sengaja mahu mengubah topik.

"Boleh tak jangan kacau? Tak nampak ke tengah sibuk? You senang la. Kerja takda. Jumpa ex-boyfriend. Percaya sangat dengan jantan tak guna tu. Senang-senang bagi maruah diri dekat jantan tu. I sapa pada you?!" tengking Tengku Rizqie. Terlepas.

Effa yang tersentak itu, terus keluar dari pejabatnya. Tengku Rizqie menolak sedikit kuat fail-fail di atas meja. Sebahagian telah jatuh di atas lantai.

...

"Kakak? Balik dengan siapa?" tanya Puan Enjelina apabila tiada bunyi kereta tetapi muncul anaknya.

Effa terkedu seketika.

"Rizq. Kakak suruh dia balik terus. Kakak baik dulu," tipu Effa cuba menyorok tangisannya.

Puan Enjelina hanya membiarkan.

Effa nangis teresak-esak setibanya di dalam bilik. Dia menaiki pengangkutan awam. Tidak mahu menyusahkan sesiapa lagi.

"Waalaikumusalam, ya Rizq? Kenapa?" tanya Puan Enjelina melalui panggilan telefon. Pelik apabila Tengku Rizqie menelefonnya.

"Effa ada dekat rumah?" tanya Tengku Rizqie cemas. Ryan memberitahu bahawa dia tidak nampak bayang Effa selepas menghantarnya ke pejabat.

C || Rizq's SugarWhere stories live. Discover now