Kelopak mata ditutup rapat sehingga dibuai mimpi. Sakit kepalanya semakin menjadi lebih teruk apabila dipaksa untuk terus membuka mata. Tengku Rizqie masih tidak muncul seperti ubat yang diambil. Effa tidak berfikir lebih-lebih tentang suaminya. Pasti lelaki itu pergi melihat anak-anaknya sebelum masing-masing masuk ke bilik mereka untuk beradu. Siang mereka sudah dipenuhi dengan senyuman bersama ahli The Ghost yang lain.
"Mummy..."
Kaki menjengket sedikit untuk panjat ke atas katil. Tengku Ezekiel sedaya upaya cuba untuk memanjat katil yang menempatkan tubuh badan ibunya itu. Dia melepaskan keluhan apabila berjaya duduk di atas katil yang sama dengan Effa.
"Mummy..." panggilnya lagi. Kali ini dia cuba menggoyangkan tangan ibunya supaya sedar dari terus dibuai lena.
"Hmm," balas Effa pendek. Dia tidak mampu membuka matanya walaupun sedikit. Kepala terlalu berat sehingga membuatkan sebarang pergerakan menjadi sakit baginya. Namun, melalui suara dia sudah boleh mengetahui siapa yang duduk di sebelahnya.
"Nak tidur dengan mummy, oleh (boleh)?" pinta Tengku Ezekiel dengan pelatnya. Dia membuat mata comelnya walaupun ibu kandungnya tidak melihat walaupun sedikit.
Effa mengangguk kecil.
Tengku Ezekiel menepuk tangannya tanda gembira. Dia masuk ke dalam duvet yang sama dengan ibunya. Kepala dibaringkan di atas lengan kanan Effa. Tangan kiri ibunya diambil dan diletakkan ke atas perut buncitnya. Dia suka akan pelukkan hangat.
Effa hanya membiarkan perbuatan anaknya. Senyuman nipis terukir dibibir. "Comel anak mummy," gumamnya di dalam hati. Tidak mampu berkata melalui pergerakkan bibir.
"Goodnight, mummy. I loop you (I love you)," kata Tengku Ezekiel. Dia mendongak sedikit memandang ibunya yang masih menutup mata. Dia mengambil telapak tangan kiri ibunya dan mencium sekilas.
Effa tersenyum. "I love you too, sayang," ucap Effa perlahan. Terlalu perlahan hanya untuk didengari oleh anaknya.
Tengku Ezekiel turut menutup matanya apabila terasa hangat telapak tangan ibunya menyentuh pipi kanannya. He's just like his daddy.
...
Effa terasa sesuatu yang berat di atas kepalanya. Sesuatu itu datang dari atas dahinya. Sakit kepalanya sudah semakin surut. Mata dibuka untuk melihat keadaan sekeliling. Bilik tidurnya masih lagi gelap akibat langsir yang tertutup rapat. Hanya pencahayaan dari meja soleknya sahaja yang menghiasi kegelapan bilik tidur itu.
Kepala disenggetkan untuk mencari kelibat suaminya. Tengku Rizqie sedang nyenyak tidur. Namun, gaya lelaki itu tidak membuatkan hati seorang isteri tenang.
"Abang..." panggil Effa perlahan. Dia tidak mahu suaminya terkejut apabila dipanggil dengan kasar dan kuat.
"Abang..." panggilnya lagi. Tangan cuba menggoyangkan peha kiri suaminya yang melunjur di sebelah Tengku Ezekiel.
Tengku Rizqie tersedar dari lenanya. "Iya, sayang? Sayang nak apa-apa?" soal Tengku Rizqie terburu-buru.
Effa menggelengkan kepalanya. Dia membetulkan posisi badannya supaya tidak menganggu anak lelakinya yang nyenyak itu. "Kenapa abang tidur macam tu?" soal Effa hairan. "Ini abang yang letak? Abang jaga Dea semalaman ke semalam?" soal Effa bertubi-tubi sambil mengambil sapu tangan kecil di atas dahinya.
Tengku Rizqie hanya tersenyum nipis. Dia menutup mulutnya apabila terasa mahu menguap. "Sayang dah sihat ke?" soalnya sambil meletakkan telapak tangan di dahi isterinya.
"Panas lagi ni, sayang. Makan ubat," kata Tengku Rizqie sebelum sempat Effa menjawab sebarang persoalan suaminya. "Ubat ni semalam abang bawa naik atas tapi sayang dah tidur dengan Xel. Abang tak nak la kejut," terangnya lagi. Dia mengambil segelas air putih dan juga dua pil paracetamol untuk isterinya.
YOU ARE READING
C || Rizq's Sugar
Romansa𝓣𝓗𝓔 𝓖𝓗𝓞𝓢𝓣 𝓢𝓮𝓻𝓲𝓮𝓼 𝓘 [TENGKU RIZQIE ADRIAL || EFFA NADIA] "Now I have met a beast in person, he looks perfect" - Effa Nadia "And you always be my sugar, love" - Tengku Rizqie Effa Nadia seorang perempuan yang kuat dan tabah menghadapi d...