Memories in the making- Effa Nadia
Mata tertutup. Telinga mendengar.
"Hari ni berapa hari bulan kak?" tanya seorang suara asing pendengaran Effa.
"1 hari bulan 4," jawab seorang lagi suara asing.
Pada akal pemikiran seorang pesakit seperti Effa, dia terkedu dengan tarikh yang dinyatakan. Dia cuba untuk melihat sekeliling tetapi masih tiada kekuatan.
Pada sedar dan tidak sedar, seseorang yang asing baginya menyentuh permukaan tangannya. "Effa, saya masukkan ubat ya."
Effa cuba mengangguk kerana tiada kekuatan untuk bersuara tetapi seakan terbatas pergerakkannya. Dia juga bingung di manakah dia berada ketika ini.
"Abang, bila Effa nak sedar ni?" tanya Puan Enjelina. Dia tidak suka melihat anaknya seperti itu. Perit terasa di dada seorang ibu.
Puan Enjelina sendiri dapat rasa kesakitan yang anaknya tanggung sekarang. Pelbagai jenis wayar berada di sekeliling katil itu.
"Tak pasti. Kita sentiasa doa supaya kakak cepat bangun, ya," kata Encik Zaryn kepada semua ahli keluarga mereka.
Masing-masing hanya menjatuhkan kepala beberapa kali tanda bersetuju dengan ketua keluarga itu. Tiada lagi suasana yang ceria ketika ini. Hanya kesedihan dan suram.
...
Kekuatan yang Effa punya menyedarkannya hampir sepenuhnya. Mata sudah terbuka. Dia sedar bahawa dia berada di tempat yang berbeza seperti yang dia ingat. Ya, dia melihat tanda ICU di tepi pintu. Perasaan? Takut. Risau. Tertanya. Apa yang jadi pada dia sebenarnya?
Muncul wajah yang dia cari-cari. Encik Zaryn dan Puan Enjelina. Walaupun pada mulanya dia tidak memberitahu ibu bapanya, namun dapat dia rasakan kehadiran semua ahli keluarganya untuk meninjau keadaanya.
Effa ingin bersuara dan bertanya tentang apakah yang terjadi padanya. Tetapi suaranya seakan tidak memberi kerjasama. Dia hanya dapat melihat wajah ibu dan ayahnya yang seperti baru selepas menangis. Ibu dan ayah memujuk dan menyuruhnya untuk bertenang.
"Ibu dengan ayah ada sini. Kakak jangan risau ya."
Puan Enjelina mengelap muka Effa yang dibasahi air mata. Sakit.
Puan Enjelina dan Encik Zaryn tetap bercerita pada anaknya tentang kejadian yang berlaku padanya. Effa hanya memandang ibu bapanya kosong.
Effa ditidurkan oleh kerana keadaannya yang amat kritikal ketika itu. Keadaan yang mengerikan semua orang seperi pesakit covid-19 yang ditidurkan. Usah dikata risau. Ajal hanya mempunyai peluang 50-50. Apakan daya seorang manusia biasa untuk menahan kesakitan ini. Bagi Puan Enjelina dan Encik Zaryn, anak mereka mampu untuk melawan sakit dan kembali seperi normal. Harapan dan doa mengiringi anak sulung mereka sehingga menyebabkan Effa kembali sedar. Dia juga disahkan mengalami sakit buah pinggang stage 5. Pengalaman yang sakit bagi seseorang yang bernama Effa Nadia.
Alat bantuan pernafasan sudah dikeluarkan. Sakit di tekak amat perit. Tidak pernah terbayang kesakitan yang Effa alami sekarang. Tiada kata-kata yang dapat menceritakan kesakitan ini.
Makan juga tidak seperti biasa. Minum hanya 500ml sehari. Ini ke yang di namakan kehidupan seorang perempuan berumur 25tahun?
...
Beberapa minggu berlalu, sudah tidak sabar mahu melihat dunia di luar kembali. Keadaan di hospital tidak akan membuat hatinya kembali ceria.
"Ibu, bila boleh keluar ni... tak nak la duduk sini," mengadu Effa. Dia amat tidak gemar akan hospital. Jika sakit selama ini seperti demam atau batuk yang biasa, dia jarang mengambil ubat atau ke klinik. Dia hanya berlagak seperti orang sihat.
YOU ARE READING
C || Rizq's Sugar
Romance𝓣𝓗𝓔 𝓖𝓗𝓞𝓢𝓣 𝓢𝓮𝓻𝓲𝓮𝓼 𝓘 [TENGKU RIZQIE ADRIAL || EFFA NADIA] "Now I have met a beast in person, he looks perfect" - Effa Nadia "And you always be my sugar, love" - Tengku Rizqie Effa Nadia seorang perempuan yang kuat dan tabah menghadapi d...